Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Siri Praktikal Kambing 1

Assalamualaikum, posting kali ini adalah berkaitan pengalaman turun padang sebagai penternak kambing. Setelah mendapat kebenaran daripada En. Mala iaitu pemilik WB Farm, saya dibenarkan menjalankan  aktiviti praktikal dengan mengikuti segala kerja mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pengurusan ladang. Saya hanya datang ke WB Farm setiap hujung minggu iaitu sabtu dan ahad kerana hari biasa adalah hari melaksnakan tugas hakiki sebagai seorang guru. Sesi sebagai penternak bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 - 7 petang. Pada hari pertama, yang mana sebelum memulakan kerja-kerja ladang, En Mala mengadakan sesi cuci otak  atau mengubah persepsi berkenaan dunia ternakan dengan menceritakan serba sedikit pengalaman beliau selama 14 tahun dalam dunia penternakan. Beliau membandingkan dunia penternakan (perniagaan tani) dengan kerja makan gaji. Menurut beliau sebelum seseorang memulakan bidang ini wajib mengubah tanggapan dunia penternakan adalah bidang terakhir yang kita pe

Siri Terjah : WB Farm, Sarawak

Assalamualaikum, kali ini siri terjah atau lawatan kandang diadakan di Kampung Sungai Tengah, Petrajaya, Kuching, Sarawak. Jauh betul saya terjah. Walaupun saya berasal dari negeri Perak tetapi kerja hakiki membuatkan saya berada di Bandaraya Kuching. Ok, untuk pergi ke WB Farm tidak begitu jauh kerana ia kira-kira 30 minit daripada bandaraya Kuching atau 1 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA). Jika sesiapa yang pergi melawat perkambungan Budaya Sarawak di Santubong pastinya kan melintasi ladang ini. Saya telah pergi ke WB Farm pada 8 Mei 2016 kira-kira jam 5 petang dan disambut mesra oleh En. Mala iaitu boss besar WB Farm. Tujuan saya ke ladang ini adalah untuk berkenalan dengan rakan ternak yang sudah 14 tahun menceburi bidang ternakan di samping bertanya beberapa soalan kepada En. Mala berkenaan ternakan kambing beliau. WB Farm kekuatannya bukan sahaja dari hasil jualan ternakan hidup tetapi daripada bahan buangan atau sampingan daripada ladang seperti

Langkah Berkesan Sebelum Memulakan Ternakan Kambing

Assalamualaikum semua, hari ini saya kongsikan beberapa langkah tip daripada rakan ternak kita saudara Akma Walid sebelum anda berhenti kerja dan menjalankan penternakan kambing sepenuh masa. Tip ini sangat sesuai untuk anak mula terutamanya graduan lepasan universiti yang berminat dalam bidang penternakan kambing. BAGAIMANA HENDAK BERMULA Sebelum kita terus ke dunia penternakan, pastikan kita mengenal pasti dahulu jenis perniagaan ternakan yang ingin kita lakukan samada menternak atau trading dan juga jenis ternakan samada kambing pedaging atau susu. Bagi saudara Akma, lebih baik menjalankan kedua-dua jenis aktiviti iaitu menternak dan juga trading. Setelah itu, kita perlu mencari pelbagai jenis ilmu berkenaan produk atau aktiviti yang kita jalankan seperti pembekal, pemborong, harga pasaran, jenis kambing, berat kambing dan lain-lain. Ini bertujuan apabila kita mengenali sesuatu produk akan memudahkan kita menjualnya. BAGAIMANA HENDAK DAPATKAN ILMU Kita b

Sistem Fodder Ternakan

Sering kali kita melihat haiwan ternakan seperti lembu dan kambing berkeliaran meragut rumput di tepi jalan sehingga mengancam keselamatan pemandu kenderaan.Ada pemandu membunyikan hon bagi memberi amaran kepada haiwan berkenaan kerana bimbang ternakan itu akan melintas jalan. Masalah itu turut merungsingkan pemilik ternakan kerana bimbang haiwan mereka dicuri. Bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan sistem Fodder (rumah hijau) bagi menghasilkan rumput ternakan, sekali gus dapat menjimatkan kos makanan, pekerja dan ruang. Bagi pengusaha yang menternak pada skala komersial, sudah pasti pembelian makanan lengkap membebankan mereka berbanding penggunaan makanan segar. Pengurus Myternak Trading Dr Fakar Fariz Abd Wahab, 34, berkata, teknologi itu menggunakan kaedah hidroponik sederhana untuk menghasilkan rumput makanan ternakan. Beliau berkata, kaedah ini sangat menjimatkan dan mudah dilakukan sendiri penternak yang mengusahakan ladan

Jurutera Kambing

Keputusan meninggalkan kerjaya sebagai jurutera kimia di syarikat swasta di Jepun, dua tahun lalu bagi membabitkan diri dalam penternakan kambing tidak pernah disesali Noor Akma Walid, 33. Berbekalkan modal wang simpanan berjumlah RM3,000, Noor Akma sanggup berdepan sebarang kemungkinan termasuk kehilangan pendapatan melebihi RM4,000 dengan mencuba bidang baru biarpun sudah berpengalaman sebagai jurutera kimia selama lapan tahun. Noor Akma yang juga pengasas syarikat Akma Tani berkata, semua itu dilakukannya demi mengejar cabaran untuk menceburi bidang keusahawanan tani. “Pada awalnya, saya tidak menerima sokongan daripada keluarga atau kenalan dan saya sedar mereka bimbang dengan masa depan saya. “Bagaimanapun, saya berjanji pada isteri, Nor Suriana Samuri, 26, yang ketika itu mengandung anak pertama dan memintanya memberi saya masa setahun dan sekiranya tidak mendapat hasil, saya akan mencari pekerjaan sesuai,” katanya. Dia yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (

Kembali Mengorak Langkah

Hampir 3 tahun saya tidak update blog ni disebabkan pelbagai kekangan dan halangan peribadi. Kini saya akan mula aktif berkongsi dengan semua pembaca setia. Walaupun kini pelbagai aplikasi yang mudah untuk kita berkongsi seperti Group Facebook, Telegram, Whats App dan lain-lain lagi tetapi berkumngkinan semuanya hilang dalam sekelip mata sangat mudah. Apabila kita menggunakan blog sebagai medium pengkongsian atau pemasaran ia memudahkan pembaca atau pelanggan kita mengenali dan mencari kita semula. Sebagai contoh, blog yang saya wujudkan ini bermula sejak 2008 lagi semasa saya masih di sekolah menengah tetapi ia masih boleh digunakan sehingga sekarang dan post yang lama masih boleh dibaca oleh semua orang. Kebanyakkan blog berkenaan ternakan kambing sangat popular sewaktu pentadbiran Tun Abdullah menyebabkan kita sering melihat para blogger sudah tidak mengupdate blog mereka atau mereka sudah tidak lagi mengusahakan ternakan. Mungkin para penternak atau pengusaha leb