Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM.
APA ITU EM
FUNGSI EM
- Bakteria asid laktik bertindak sebagai pendinding dan menghalang pembiakan patogen dalam tumbesaran.
- Membina ketahanan tanaman dari serangan penyakit dan serangga perosak.
- Pengurai bahan buangan seperti tinja kambing.
- Bebas daripada kesan-kesan sampingan dan mesra alam
- Tingkatkan tumbesaran ternakan dan tanaman
- Menghilangkan bau ammonia
- Mengurangkan pembiakan lalat
- Mempercepatkan Kadar Tukaran Makanan (FCR)
- Penghasilan baja organik atau kompos
- Air minuman kambing
- Menyembur pada bahagian badan dan juga kandang kambing
- Menyembur tinja kambing yang lembap dan basah
- Silaj
1. Penghadaman yang baik
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
EM-1
Gula Merah / Molases
Air Bersih (Bebas Klorin)
Tong / Botol Plastik Berpenutup
Nisbah Bancuhan - 1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih
Langkah 1
Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya sisa kimia.
Langkah 2
Isikan 10 liter air bersih (suam) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.
Langkah 3
Tambahkan 10 liter air bersih (suam) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.
Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.
Langkah 4
Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.
*EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.
Langkah 5
Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.
Langkah 6
Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution (EMAS) telah sedia untuk digunakan.
*Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih (bebas klorin).
Nisbah campuran EMAS : Air Bersih seperti berikut :
*EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.
Labels: artikel, Kambing, usahawan kambing