Assalamualaikum, hari ini saya kongsikan tip berkenaan tabung yang perlu ada pada setiap usahawan ternakan sama ada sepenuh masa atau sambilan. Dalam sesuatu projek, kita sering memfokuskan berkenaan keadaan ladang dan ternakan sehingga lupa akan lupa pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan sangat penting dalam sesuatu projek kerana tanpa pengurusan kewangan yang bagus pasti akhirnya akan mendatangkan masalah pada diri sendiri. Dalam mewujudkan tabungan, pastikan dahulu kita membuat kiraan untung bersih atau gaji bersih bulanan ditolak dengan zakat 2.5% zakat pendapatan. Ok berikut merupakan 6 jenis tabung yang perlu ada. 1. TABUNG KEPERLUAN (NECESSITY) Tabung ini meruapakan pecahan terbesar dalam bahagian semua tabung iaitu 55%, yang mana duit dalam tabungan ini digunakan untuk menampung kos kehidupan seharian seperti perbelanjaan rumah, membayar bil, pengangkutan dan juga hutang yang ada. 2. TABUNG PERBELANJAAN (FUN) Tabung ini digunakan kepada setiap individu u