Skip to main content

Posts

Boer Baka Emas Industri Ternakan

RAMAI telah mengetahui mengenai kambing dikenali sebagai Boer. Boer, kambing yang dianggap eksklusif kerana harganya yang mahal, kini semakin mendapat perhatian para penternak yang berlumba-lumba untuk menternaknya. Walaupun demikian, perkembangan industri ternakan kambing tempatan khususnya untuk spesies Boer tidak ke tahap mana kerana berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti masalah kekurangan baka. Sejarah kambing Boer sebenarnya bermula lebih 10 tahun lalu apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membawa masuk kambing pedigree dari Afrika Selatan. Selepas itu, MARDI sekali lagi mengimport kambing Boer fullblood dan kali ini dari Australia pula. Kambing fullblood adalah kambing Boer yang dilahirkan di Australia hasil embrio yang diimport dari Afrika Selatan atau pembiakan pejantan dan induk betina Boer yang warisannya dari Afrika Selatan. Kemudian pada 2004, MARDI sekali lagi membawa masuk kambing Boer dan kali ini spesies itu datangnya dari Republik M...

Kacukan Boer-Black Bengal Pertama di Dunia

Dua Ekor Anak Kambing Kacukan Boer dan Black Bengal MALAYSIA menjadi negara pertama di dunia yang mengacukkan kambing baka Black Bengal dan Boer yang dijangka mampu membuka pintu baru untuk pasaran daging kambing yang lebih bermutu. Hasil kepakaran saintis tempatan, dua ekor anak kambing kembar berjaya dilahirkan hasil kacukan dua jenis baka itu. Walaupun kejayaan itu masih baru tetapi potensi pasaran untuk daging kambing sudah menjadi bukti apabila anak kambing yang dilahirkan itu seekor jantan dan seekor betina masing-masing mempunyai berat badan 1.5 kilogram (kg) dan 1.4 kg. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Zairi Serlan berkata, di Malaysia hanya Kelantan sahaja mempunyai kambing spesies ini dan berjaya membuat kacukan tersebut. Menurut beliau, kambing Black Bengal, yang hanya terdapat di Bangladesh, tidak pernah dibawa keluar dari negara itu dan ia dihadiahkan hanya kepada kerajaan negeri Kelantan. Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, ka...

Proses Membuat Silaj Napier & Jagung

PENGENALAN Silaj (rumput peram) ialah bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan ditempat yang kedap udara. Tanaman yang biasanya dibuat silaj ialah jagung, sekoi dan rumput-rumput seperti rumput gajah, rumpyt kuda, rumput pangola dan rumput para. Diantara bahan sampingan pertanian yang mungkin boleh dibuat silaj ialah seperti kulit koko, buangan kilang nenas, kulit kopi, pelepah kelapa sawit, jerami padi dan sisa tanaman jagong. Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan. Prinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksijan dan mengelakkan dari pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan-bahan yang hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini menyebabkan bahan-bahan...

Apa Itu Magic Box??

Magic Box atau lebih dikenali sebagai Alat Kurungan Ternakan Ciri-ciri: Di buat daripada kayu beruti Resak 1”x2”– saiz 3 kaki x 4 kaki (9 kaki persegi) Fungsi : Mengasingkan ibu dan anak yang barulahir selama 7-10 hari Mengasingkan ternakan yang sakit & lemah Membuat sekatan di dalam kandang Boleh digunakan dan disimpan dengan mudah

Persepsi Salah Makan Daging Kambing

DAGING kambing dikatakan sebagai panas, mereka yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi mungkin tidak mahu mengambil daging kambing kerana percaya ia akan meningkatkan tekanan darah. Namun pandangan ini disanggah pakar bioteknologi pembiakan, Prof Dr Ramli Abdullah yang mana katanya, kadar lemak kambing hampir sama dengan ayam iaitu kira-kira tiga peratus. Apa yang berlaku ialah mereka mungkin mengambil daging kambing biri-biri kerana berbanding kambing, peratus lemak dalam biri-biri ialah sebanyak 16 peratus. Mengenai panas, sememangnya daging kambing panas dan kerana itu penduduk di negeri China gemar mengambil daging kambing pada musim sejuk kerana ia dapat memanaskan badan, katanya. Katanya, persepsi makan daging kambing boleh meningkatkan tekanan darah sudah lama di kalangan masyarakat kita dan apa yang berlaku, faktor psikologi yang mungkin meningkatkan tekanan darah seseorang. Ini kerana, persepsi itu sudah disematkan dalam kepala dan dengan mengambil daging kambing, secara ...

Kambing Boer Daging Bermutu

DALAM mengubah dan membentuk serta membimbing masyarakat untuk membina jati diri yang prograsif khususnya membantu masyarakat pekebun kecil ke arah peningkatan ekonomi keluarga mereka, pelbagai program tela diperkenalkan oleh kerajaan negeri.Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) telah mengadakan perancangan terperinci membantu masyarakat pekebun kecil meningkatkan taraf hidup.Kambing Boer merupakan projek pembangunan ekonomi yang berbentuk komersial dirancang dan dilaksanakan oleh pihak Risda di Espek Tanjung Genting Changloon, Kedah.Pembiakaan kambing kacukan Boer pada 23 Jun tahun lalu dan sehingga kini telah mempunyai sebelas kandang. Kandang jenis GIFT 3 unit dan 11 kandang Conventional dengan setiap kandang mempunyai muatan antara 120 hingga 150 ekor kambing.Keluasan tanah projek meliputi kawasan berbukit dan juga pembangunan infrastuktur seluas 16.1874 hektar serta kawasan pastura seluas 24.2812 hektar. Apa yang menarik, proses kacukan dil...

Gemukkan Kambing Menggunakan Magic Box

SETELAH 11 tahun berkecimpung dalam dunia perusahaan penternakan kambing, Muhammad Fauzi Daud, 44, membuktikan usaha gigih, pergorbanan serta pengalaman yang sentiasa mendewasakan beliau dalam industri berkenaan pasti membuahkan hasil. Bermula hanya dengan 20 ekor kambing serta bermodalkan wang sebanyak RM30,000, beliau memulakan perusahaannya di sebuah ladang ternakan di Lenggeng, Negeri Sembilan. Lebih menarik, beliau yang tidak tergopoh gapah untuk mencari keuntungan ataupun pulangan dalam masa yang singkat, sebaliknya menghabiskan masa selama lima tahun untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri berhubung segala faktor yang berkaitan perusahaannya. Ini termasuk mengkaji sistem ternakan terbaik, faktor pemakanan dan juga aspek penjagaan yang dapat diaplikasikan kepada kambing-kambing ternakannya. Langkah tersebut adalah bagi memastikan penceburan beliau dalam bidang tersebut bukan sekadar untuk menjual serta membekalkan kambing, malah mewujudkan sebuah sistem y...