Skip to main content

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu


Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier.

Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan.

Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu.

1. JARAK

Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi.

2. DIAMETER

Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. Ia sama ada berbentuk bulat atau segi empat. Ia bergantung kepada penternak.

3. KEDALAMAN LUBANG

Kedalaman setiap lubang adalah 3 kaki tetapi 2 kaki dimasukkan dengan tanah yang telah digemburkan selepas itu 6 inci dimasukkan dengan baja urea/najis kambing/lembu sebanyak 1 guni/20 kilogram. Baki satu 3 inci lagi di masukkan dengan tanah asal ataupun tanah sudah mempunyai baja bersama keratan batang benih.

4. CARA MENANAM BENIH

Cara untuk menanam benih atau keratan batang napier ini adalah dengan meletakkanya secara melintang. Keratan batang ini perlu ditanam 3 Inci dari paras tanah. Ia adalah bertujuan menguatkan struktur akar pokok bagi menghalang tumbang. Pokok Napier Zanzibar boleh mencecah 9 kaki tinggi apabila matang.

5. JUMLAH KERATAN BENIH

Jumlah keratan batang pada setiap perdu sebanyak 5 batang. Setiap benih boleh mencapai 20 anak benih atau mata tunas apabila ia matang. Berat purata satu tunas pula lebih kurang satu kilogram apabila dituai dan ia mengambil masa 90 hari untuk matang.

6. BENTUK PERDU

Bentuk setiap perdu perlulah berbentuk lekuk yang mana bentuk ini membolehkan kawasan perdu membuat takungan air dan baja.






Comments

Anonymous said…
Hello everyone on here my name is Fumo Sadiku living in Malindi City Kenyan I want to tell a little more about a good hearten man called Benjamin Breil Lee working with Le_meridian funding service as loan officer, Mr Benjamin Breil Lee helped me get a loan of 37,115,225.00 Shillings on my trying time trying to get back on my feet to raise my business I know there are some of you here who are in financial difficulties to talk to Mr Benjamin on what's app 1-989-394-3740 Or email his company E-Mail lfdsloans@lemeridianfds.com also with his personal E-mail on lfdsloans@outlook.com I'm so glad for what he did for me and for his Bank accountant as well Accountant Hernandez Lucas Thank you very much for your work well done.