Skip to main content

Posts

Kursus Penternakan Kambing - Agro Bank,Utusan,Mega,May Consult & Syamille Agro Farm & Resort

Ketika Membelek-belek akhbar Utusan Malaysia pada 2 minggu yang lalu,saya terpandang mengenai Kursus Penternakan Kambing dianjurkan oleh pihak Agro Bank dengan kerjasama Utusan Malaysia,May Counsult serta Syamille Agro Farm yang membuatkan saya amat berminat untuk menyertainya.Pada 20 April yang lalu,saya telah menfaxkan borang penyertaan kursus Penternakan Kambing tersebut pada pihak penganjur dan diberitahu bahawa pihak penganjur akan memilih 30 orang peserta sahaja dalam program tersebut.Sudah sekian lama menunggu saya masih tidak mendapat maklum balas daripada pihak pengajur.Tetapi dengan kuasa tuhan yang maha berkuasa pada pagi 24 April,pihak pengajur telah menelefon saya bahawa saya masih berpeluang menyertai kursus tersebut. Pada petang 24 April saya telah mendaftarkan diri di Syamille Agro Farm & Resort ,Kampung Chuar Hulu,Kati,Kuala Kangsar,Perak sebagai salah seorang peserta kursus.Perjalanan kursus ini bermula pada 24 April sehingga 27 April 2009.Saya bermula dengan slo...

Koperasi bekal kambing Boer

Pusat Pembiakan dan Pembakaan Kambing Boer milik Koperasi Pembangunan Desa (KPD) di Kampung Kabang, di sini akan dimajukan menjadi pusat pembiakan kambing Boer utama di negeri ini. Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Datu Mansor, berkata sasaran itu diyakini mampu dicapai melalui bantuan kepakaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). Beliau berkata, usaha itu bakal membantu merealisasikan matlamat kerajaan negeri untuk memajukan industri penternakan kambing. "Sebelum ini bukan mudah untuk kita menjual kambing tetapi sekarang semakin ramai yang tahu daging kambing lebih rendah kolestrol. "Permintaan bukan setakat di negeri ini, malah Brunei. Bagaimanapun, setakat ini usaha promosi KPD agak terhad kerana kami masih dalam peringkat meningkatkan pembiakan dan pembakaan," katanya ketika ditemui di pusat itu, semalam. Datu Basrun berkata, jika kambing Boer sudah banyak dibiakkan di pusat berkenaan, penternak tidak perlu membeli baka dari Australia pada h...

Ternakan Kambing Boer Mampu Jana Pendapatan

RASHID Elias melihat sebahagian daripada kambing boer yang diternaknya di projek ternakan kambing miliknya di Kampung Tengah, Sunagi Terap, Muar baru-baru ini. Selain mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu, Rashid Elias, 38, turut mengusahakan ternakan kambing boer yang pada asalnya bermula dengan sejumlah 24 ekor tetapi kini meningkat kepada lebih 50 ekor. Menurutnya, kambing boer yang berasal dari Australia itu diternak bagi mendapatkan baka serta dagingnya dijual kepada penternak-penternak tempatan di daerah ini. Bagi memastikan projek ternakan itu membuahkan hasil yang lumayan, Rashid sanggup membina sebuah bangsal khas dengan modal sebanyak RM50,000, bersebelahan rumah projek tanaman cendawan tiram beliau. “Saya tidak senang duduk apabila hanya menjalankan satu kerja dan mendapati ternakan kambing boer juga memberikan peluang pendapatan yang secara tidak langsung mampu menjana ekonomi diri dan syarikat ,” katanya . Kelebihan menternak kambing boer ialah permintaan terhadap da...

Kambing Boer Pengganti Tongkat Ali?

Lelaki yang mengharapkan Tongkat Ali bagi memberikan `tenaga tambahan' kini boleh mencuba daging kambing Boer yang diternak di beberapa tempat di negara ini bagi mendapatkan tenaga yang sama. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata keupayaan kambing jantan Boer mengawan dengan kira-kira 50 ekor kambing betina pada musim mengawan (kira-kira dua bulan) seharusnya menyebabkan dagingnya mampu menawarkan `khasiat' kepada mereka yang memakannya. Tambahan pula katanya, akar Tongkat Ali semakin pupus berikutan permintaan yang meningkat, sedangkan kambing Boer boleh membiak. "Saya tak faham kenapa ada di antara kita yang kata tak boleh makan kambing kerana takut pening kepala. Tapi, bila berada di Makkah, kita boleh hentam (makan) kambing setiap sehari selama sebulan." - Datuk Azhar Ibrahim "Ada juga orang kita yang sanggup beli biawak pasir (dhab) dari negara Arab, semata-mata bagi menambahkan tenaga. Saya fikir ...

Boer Baka Emas Industri Ternakan

RAMAI telah mengetahui mengenai kambing dikenali sebagai Boer. Boer, kambing yang dianggap eksklusif kerana harganya yang mahal, kini semakin mendapat perhatian para penternak yang berlumba-lumba untuk menternaknya. Walaupun demikian, perkembangan industri ternakan kambing tempatan khususnya untuk spesies Boer tidak ke tahap mana kerana berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti masalah kekurangan baka. Sejarah kambing Boer sebenarnya bermula lebih 10 tahun lalu apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membawa masuk kambing pedigree dari Afrika Selatan. Selepas itu, MARDI sekali lagi mengimport kambing Boer fullblood dan kali ini dari Australia pula. Kambing fullblood adalah kambing Boer yang dilahirkan di Australia hasil embrio yang diimport dari Afrika Selatan atau pembiakan pejantan dan induk betina Boer yang warisannya dari Afrika Selatan. Kemudian pada 2004, MARDI sekali lagi membawa masuk kambing Boer dan kali ini spesies itu datangnya dari Republik M...

Kacukan Boer-Black Bengal Pertama di Dunia

Dua Ekor Anak Kambing Kacukan Boer dan Black Bengal MALAYSIA menjadi negara pertama di dunia yang mengacukkan kambing baka Black Bengal dan Boer yang dijangka mampu membuka pintu baru untuk pasaran daging kambing yang lebih bermutu. Hasil kepakaran saintis tempatan, dua ekor anak kambing kembar berjaya dilahirkan hasil kacukan dua jenis baka itu. Walaupun kejayaan itu masih baru tetapi potensi pasaran untuk daging kambing sudah menjadi bukti apabila anak kambing yang dilahirkan itu seekor jantan dan seekor betina masing-masing mempunyai berat badan 1.5 kilogram (kg) dan 1.4 kg. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Zairi Serlan berkata, di Malaysia hanya Kelantan sahaja mempunyai kambing spesies ini dan berjaya membuat kacukan tersebut. Menurut beliau, kambing Black Bengal, yang hanya terdapat di Bangladesh, tidak pernah dibawa keluar dari negara itu dan ia dihadiahkan hanya kepada kerajaan negeri Kelantan. Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, ka...

Proses Membuat Silaj Napier & Jagung

PENGENALAN Silaj (rumput peram) ialah bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan ditempat yang kedap udara. Tanaman yang biasanya dibuat silaj ialah jagung, sekoi dan rumput-rumput seperti rumput gajah, rumpyt kuda, rumput pangola dan rumput para. Diantara bahan sampingan pertanian yang mungkin boleh dibuat silaj ialah seperti kulit koko, buangan kilang nenas, kulit kopi, pelepah kelapa sawit, jerami padi dan sisa tanaman jagong. Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan. Prinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksijan dan mengelakkan dari pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan-bahan yang hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini menyebabkan bahan-bahan...