Skip to main content

Koperasi bekal kambing Boer

Pusat Pembiakan dan Pembakaan Kambing Boer milik Koperasi Pembangunan Desa (KPD) di Kampung Kabang, di sini akan dimajukan menjadi pusat pembiakan kambing Boer utama di negeri ini.

Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Datu Mansor, berkata sasaran itu diyakini mampu dicapai melalui bantuan kepakaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

Beliau berkata, usaha itu bakal membantu merealisasikan matlamat kerajaan negeri untuk memajukan industri penternakan kambing.

"Sebelum ini bukan mudah untuk kita menjual kambing tetapi sekarang semakin ramai yang tahu daging kambing lebih rendah kolestrol.

"Permintaan bukan setakat di negeri ini, malah Brunei. Bagaimanapun, setakat ini usaha promosi KPD agak terhad kerana kami masih dalam peringkat meningkatkan pembiakan dan pembakaan," katanya ketika ditemui di pusat itu, semalam.
Datu Basrun berkata, jika kambing Boer sudah banyak dibiakkan di pusat berkenaan, penternak tidak perlu membeli baka dari Australia pada harga tinggi.

Pusat yang diwujudkan pada 2005 itu adalah yang pertama dan terbesar dikendalikan KPD di negeri ini. Setakat ini, pusat itu mempunyai 843 kambing Boer, iaitu 33 jantan, betina (686) dan anak (124).

Sementara itu, Pengurus Projek Ternakan KPD, Dr Mohd Shahrom Salisi, berkata kambing Boer mempunyai kadar tumbesaran cepat dan sesuai sebagai kambing pedaging bagi memenuhi permintaan daging kambing di negeri ini.

Beliau berkata, berbanding baka lain dari luar negara seperti Jamnapari, daging kambing Boer jauh lebih banyak.

"Walaupun saiz kambing Jamnapari agak besar berbanding Boer, Jamnapari lebih kurus dan kurang daging. Baka Boer adalah yang terbaik setakat ini," - Datu Basrun Datu Mansor


Beliau berkata, kambing berkenaan mampu melahirkan lima anak dalam satu masa kerana induknya mempunyai lemak susu yang tinggi.

"Seekor kambing Boer mampu melahirkan lebih daripada tiga anak, sekali gus menjadikannya lebih istimewa berbanding jenis lain," katanya.



[Sumber Berita : Berita Harian ]


Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari...

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I...

10 Ekor Induk Kambing Permulaan Sangat Bagus

Assalamualaikum semua, masih belum terlambat saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Agak lama tidak update dengan penulisan ini disebabkan ketibaan bulan Syawal. Baru-baru ini saya mendapat satu kejutan di mana page Facebook Saiful Agrofarm menjadi viral di group-group penternak kambing disebabkan pengkongsian artikel daripada rakan ternak Akma Tani yang menyebabkan Page Like tiba-tiba meningkat dengan mendadak. Sesiapa yang meng"viral"kan tu saya ucapkan terima dan semoga bermanfaat dengan perkongsian tersebut. Kini generasi muda mula berminat dengan aktiviti pertanian dan penternakan tetapi masih mencari rentak bagaimana memulakan bidang ini. Di sini saya kongsikan satu lagi kisah daripada saudara Alwi bagaimana cara yang terbaik menceburi bidangkan penternakan kambing dengan bermula hanya 10 ekor kambing induk. Saudara Alwi merupakan Usahawan Ternak Ruminan Jaya peringkat negeri Perak pada tahun 2013. Menurut Alwi, bagi sesiapa yang ingin bermula dengan ...