Skip to main content

Posts

Persepsi Daging Kambing

ENTAH mengapa ramai kalangan kita memilih menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian dikatakan membawa kepada penyakit jantung. Sedangkan pada masa kini, kambing menyediakan 63 peratus daripada bahan daging yang dimakan di seluruh dunia. Daging kambing juga menjadi sumber protein utama di kebanyakan negara Arab dan Afrika Utara, selain pemakanan penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain. Di Barat pula, daging kambing semakin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lemb, Malah, terdapat kajian mendapati daging haiwan kambing lebih sesuai dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung. Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn, misalnya mengadakan program pendidikan awam yang mempr...

Semangat Berjuang Masih Wujud

Assalamualaikum, terima kasih kepada sesiapa terutamanya penternak kambing yang sudi mengunjugi dan membaca hasil penulisan blog ini. Post hari ini adalah kesinambungan dari post Kambing vs Study. Hampir 3 tahun saya tidak update kerana sibuk dengan pelajaran. Kini saya sudah di semester akhir, semester penutup dan hanya praktikal sahaja dan akan bergraduat insyallah pada bulan november. Kini saya sedang praktikal di SMK Benoni, Papar Sabah. Impian sebelum menjejakkan kaki di universiti adalah membuka sebuah ladang kambing masih wujud lagi walaupun dikenali sebagai graduan selepas ini. Sebagai seorang graduan, saya tidak kisah bermula dengan pekerjaan yang kotor kerana di situlah kita boleh melihat Key Performance Indicator (KPI) untuk diri sendiri. Kini, saya giat kembali membuat pembacaan tentang kambing walaupun sedikit pengetahuan tentang kambing sudah ada. Banyak blog-blog baru dari penternak berpengalaman berkongsi idea tentang dunia kambing yang mereka alami. Terima k...

Kolam Takungan Memberi Kesejahteraan Dalam Kehidupan

Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Dalam post kali ini saya ingin membicarakan tentang kolam takungan. Sememangnya sesuatu penternakan dapat menjana keuntungan berlipat kali ganda apabila sesorang penternak itu bijak menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada bagi memastikan keuntungan dan kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan dan juga tumbuhan. Setiap ladang ternakan mestilah mengelurakan bahan kumbahan seperti air kencing haiwan sama ada lembu atau kambing. Dengan dengan menggunakkan bahan tersebut, para penternakan juga dapat menjana pendapatan seperti pengeluaran tenaga bio mas. Kaedah pengeluaran tenaga tersebut telah saya postkan pada artikel yang lepas. Apabila mencerita tentang kolam takungan bukanlah dengan mengorek lubang sahaja tetapi para penternak hendaklah juga mengetahui jenis-jenis kolam takungan supaya dapat menghasilkan bahan-bahan tersebut supaya tidak mencemarkan alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan kita. Kolam Takungan juga dikenali s...

Kunjungan Ke Mini MAHA 'Sabah 2010'

Assalamualaikum kepada para pembaca blog saya .. sekian lama menyepi bukan tanda menghilangkan diri tetapi ada tugas yang penting perlu saya laksanakan yang untuk menentukan kehidupan saya pada masa akan datang .. Sempena cuti semester, pulang lah saya ke kampung halaman dari kepulauan Borneo yang indah bila kita selalu menerokainya di sebabkan banyak khazanah alam yang masih belum di terokai .. Kali ini saya ingin berkongsi cerita dan pandangan saya terhadap kunjungan saya ke Mini MAHA yang diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah. Walaupun jadual saya padat ketika belajar di sebabkan banyak kajian lapangan dan lain-lain tugasan yang terpaksa di laksankan tetapi minat yang mendalam terhadap sektor penternakan iaitu Kambing Boer membuatkan saya mencuri sedikit masa untuk berkunjung ke pameran tersebut. Tentunya para pembaca terutama sesiapa yang minat mengenai sektor pertanian ini mengetahui apa itu MAHA (Malaysia Agriculure, Horticulture and Agrotourism) ata...

Baja Kompos

Baja Kompos Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien. Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar ...

Kambing Vs Study

Salam buat para penternak-penternak kambing yang makin mantap dan maju sekarang dalam industri ini.Rasanya sudah lama saya tidak update blog saya ini di sebabkan tiada isu-isu yang menarik tentang dunia penternakan kambing untuk saya paparkan. Tetapi dalam paparan blog saya kali ini ingin berkongsi sedikit perasaan atau luahan hati saya bersama pembaca semua terutama anak muda yang mula-mula hendak berjinak dalam bidang pertanian yang bertajuk Kambing Vs Study.Apa kaitannya itu?Bukannya saya nak berkongsi ilmu penternakan kambing tetapi saya ingin berkongsi apakah impian yang menjadi sebahagian cita-cita saya yang membuat saya mejadi keliru. Bermula di sekolah menengah saya mengimpikan untuk menjadi seorang usahawan tetapi masih bingun atau tercari-cari bidang apa yang baik di ceburi.Disebabkan pendedahan di sekolah oleh para guru-guru dan media massa menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menceburi bidang pertanian secara khususnya bidang penternakan kambing kerana...

Salam Aidilfitri

Salam buat penternak dalam industri penternakan kambing.Saya Saiful dan sekeluarga dari Laman Blog Saypool Agro mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada para pembaca setia.Saya menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan kepada semua orang sekiranya hasil penulisan saya menguris perasaan para pembaca blog ini. Di harap Aidifitri yang menjelma akan memurahkan rezeki para penternak sekalian dengan keuntungan yang berlipat kali ganda hendaknya. Sekian.