Skip to main content

Langkah Permulaan....

Segala panduan penternakan ada di sini

Assalamaualaikum...ni aku nak cite cam ne aku leh minat dalam bidang penternakan ni..dulu ms aku form 5 cikgu aku ade ,la bwk aku ke satu seminar penternakan kat Ladang Infoternak Sg. Siput,Perak..Ms dengar taklimat kat cne aku pn terus minat nak jadi penternak..tp waktu 2 aku minat nak ternak rusa...maklum la dgr taklimat bela rusa untung kow2 nye..kat sane jgk aku p melawat pelbagai ternakan seperti kambing boer ngn burung unta..tp aku waktu tu xminat lak nak ternak kambing boer..

Lepas aku balik dari citu aku stay minat bahagian ternak-ternak ni but pk2 nak ternak rusa gile modal byk gile jadi aku xmampu rasenye nak wat akan datang...lepas 2 aku pun lupe dah ttg ruse 2 utk aku fokus blaja time 2 maklumla nak spm kan..Then da abih spm kire tahun lepas,mmb aku bwk balik satu keteh keje dr ladang kambing boer kat selangor..lepeh aku tengak keteh keje 2 semangat r nak wat penternkan kambing boer..rase 2 sampai skunk stay lagi semangat nak wat..

Then tahun ni dalam 2 bulan lepas aku dah start cari segala maklumat tentang kambing boer dalam internet..sume blog or website ttg kambing boer sume aku dah robek..maklum la minat jd cari sume maklumat 2..termasuk la aku beli cd panduan keteh keje kat Dr Dodon..punya la semangat..hehehe...smpai aku terpk wat name company n logo company yang korang tgk kt blog ni la...kire kuat jgk la aku berangan kan..hehehe

Lepas 2..bulan lepas aku p la kat tanah milik mak aku yang terbiar..kire p melawat la tanh 2tu strategik betoi ..tgk2 fuh tanah nak wat tapak ternak binatang yang aku minat 2 cz kat c2 dkt ngn sumber air ma..walaupn tnh 2 just 1 ekar tp cukup la takat nak wat kandang kambing kan..jd skunk aku ngan plan slow2 nak uruskan tanah 2..ok la nnt aku sambung lagi cte kau ni ek..sayonara...


Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari...

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I...

10 Ekor Induk Kambing Permulaan Sangat Bagus

Assalamualaikum semua, masih belum terlambat saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Agak lama tidak update dengan penulisan ini disebabkan ketibaan bulan Syawal. Baru-baru ini saya mendapat satu kejutan di mana page Facebook Saiful Agrofarm menjadi viral di group-group penternak kambing disebabkan pengkongsian artikel daripada rakan ternak Akma Tani yang menyebabkan Page Like tiba-tiba meningkat dengan mendadak. Sesiapa yang meng"viral"kan tu saya ucapkan terima dan semoga bermanfaat dengan perkongsian tersebut. Kini generasi muda mula berminat dengan aktiviti pertanian dan penternakan tetapi masih mencari rentak bagaimana memulakan bidang ini. Di sini saya kongsikan satu lagi kisah daripada saudara Alwi bagaimana cara yang terbaik menceburi bidangkan penternakan kambing dengan bermula hanya 10 ekor kambing induk. Saudara Alwi merupakan Usahawan Ternak Ruminan Jaya peringkat negeri Perak pada tahun 2013. Menurut Alwi, bagi sesiapa yang ingin bermula dengan ...