Skip to main content

Siri Terjah Ladang : Agro Gemilang Farm

Assalamualaikum semua, sebelum bertolak balik dari mengunjungi MAHA di Serdang, sempat saya singgah di Gemilang Farm yang mana Gemilang Farm menternak induk Boer Fullblood ataupun Cross. Tuan farm ni adalah tuan Azli yang sangat peramah. Untuk pergi ke Gemilang Farm tidak begitu sukar tetapi memandangkan saya tidak expert area tersebut terpaksalah menghubungi Tuan Azli beberapa kali untuk memastikan laluan yang betul ke tempatnya. 

Sebelum kita ke Gemilang Farm, saya terlebih dahulu membuat temu janji dengan Tuan Azli. Ketika ini Gemilang Farm turut menawarkan sistem pawah kepada pelanggannya. Dengan sistem yang ada di Gemilang Farm membuat saya tertarik untuk menyertai sistem pawah kerana saya ketika ini masih tidak mempunyai kawasan dan kelengkapan untuk menternak kambing. Walau bagaimanapun saya akan pertimbangkan dahulu sebelum membuat keputusan. 


Ok, kepada sesiapa berminat nak melawat Gemilang Farm boleh contact telefon bimbit Tuan Azli (012-3814200/013-2431000) atau boleh tengok blog Gemilang Farm. Next time saya akan update lagi untuk lawatan atau sesi terjah di kandang lain. Sekian. 

Banner di Pintu Masuk Ladang


Induk Boer Berebut Ketika di beri Pallet


Gambaran Kandang di Ladang Gemilang




Comments

tajudin said…
kalau ada minat bela kambing dah bagus, tapi kena tokok dengan ilmu on kambing lagi... saya dipesan oleh orang yang bela kambing dan dah jual pun kambing+kandangnya. tak sempat saya nak tahan dia supaya hold.
Unknown said…
Baik tuan .. terima kasih dengan nasihat tu .. :)

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari...

Baja Kompos

Baja Kompos Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien. Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar ...

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I...