Siri Praktikal Kambing 2

Dua ekor kambing siap sedia untuk di sembelih. Sebelum aktiviti sembelihan diadakan, kawasan sembelihan terutamanya kawasan lantai dibersihkan supaya ia dalam keadaan bersih. Sementara itu, ayat-ayat al-Quran di perdengarkan supaya ternakan akan berada dalam keadaan tenang. Setelah itu, kambing-kambing tersebut diletakkan di tempat khas di rumah sembelihan bagi memudahkan kerja.

Terdapat beberapa bacaan yang harus dibaca sebelum melakukan aktiviti ini. Pengalaman ini sangat baik untuk sesiapa yang hendak menceburi dalam bidang penternakan ruminan. Seterusnya aktiviti melapah dilakukan. Cara yang terbaik adalah dengan mengantung ternakan di tempat khas.
Dalam aktiviti melapah, perkara pertama adalah dengan membuang kulitnya. Pisau aktiviti melapah adalah berbeza dengan pisau sembelihan. Para penyembelih perlu menyediakan beberapa jenis pisau bagi memudahkan kerja.
Selepas itu, kambing tersebut dibelah dan dibuang perut dan sistem pencernaannya dan kemudian di potong enam bahgian iaitu peha dan juga badannya.

Bagi ladang ternakan yang mempunyai ternakan yang banyak. Sebaiknya rumput yang telah dipotong hendaklah diproses menggunakan mesin chopper supaya memudahkan ternakan makan. Ini kerana batang napier yang lembut juga dapat di proses untuk diberi makan kepada ternakan dan juga dapat mengelakkan pembaziran sumber makanan tetapi bagi ladang ternakan yang mempunyai ternakan kurang daripada 10 ekor, rumput napier boleh juga diberi makan terus kepada ternakan tanpa di cincang.

Bagi SOP biasa memerah susu, kambing diikat ditepi bahagian kandang supaya ternakan tidak bergerak. Ketika perahan, sarung tangan perlu digunakan untuk tujuan kebersihan. Kemudian setelah habis, susu tersebut dimasak 10 - 15 minit dan kemudian ditapis untuk dimasukkan ke dalam botol. Saiz botol terpulang kepada setiap pemilik ladang dan kebiasaanya susu kambing akan menggunakan botol 250 ml.

Bagi WB Farm, jualan susu kambing sahaja sekitar 100 - 150 botol sebulan dengan harga RM10 sebotol. Bagi harga susu kambing di semanjung Malaysia sekitar RM5-6 sebotol.
Labels: Boer, Kambing, latihan, seanan, semangat, susu kambing
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home