Skip to main content

Siri Praktikal Kambing 1


Assalamualaikum, posting kali ini adalah berkaitan pengalaman turun padang sebagai penternak kambing. Setelah mendapat kebenaran daripada En. Mala iaitu pemilik WB Farm, saya dibenarkan menjalankan  aktiviti praktikal dengan mengikuti segala kerja mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pengurusan ladang.

Saya hanya datang ke WB Farm setiap hujung minggu iaitu sabtu dan ahad kerana hari biasa adalah hari melaksnakan tugas hakiki sebagai seorang guru. Sesi sebagai penternak bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 - 7 petang.

Pada hari pertama, yang mana sebelum memulakan kerja-kerja ladang, En Mala mengadakan sesi cuci otak atau mengubah persepsi berkenaan dunia ternakan dengan menceritakan serba sedikit pengalaman beliau selama 14 tahun dalam dunia penternakan.

Beliau membandingkan dunia penternakan (perniagaan tani) dengan kerja makan gaji. Menurut beliau sebelum seseorang memulakan bidang ini wajib mengubah tanggapan dunia penternakan adalah bidang terakhir yang kita perlu ceburi.

Setelah itu, siri menuntut ilmu bermula bersama En. Mala mahupun dengan Fahri dan Syawal (pekerja WB Farm). Sistem penternakan yang digunakan di WB Farm adalah sistem terkurung semuanya (full insentive). Oleh itu, pekerja ladang perlu memberi makanan sepenuhnya kepada ternakan. Jadual yang digunakan di ladang ini adalah diberi makan 4 kali sehari. Tetapi sebelum diberi makan, palung makanan dan kadang dibersihkan dahulu untuk mengelakkan penyakit kepada ternakan.

Makanan diberi setiap hari bermula jam 8 pagi iaitu dengan ramuan makanan (mulung + pallet besar + air + hampas kelapa + susu + soya + tepung beras + PKC + dedak padi) adalah untuk menambah pembesaran serta kekuatan tulang ternakan. Kuantiti makanan adalah berdasarkan jumlah ternakan yang ada. Pada 10 pagi pula, ternakan diberi ramuan makanan (soya + jagung + pallet kecil).

Ramuan makanan yang telah disiapkan


Setelah itu, sesi turun ke kawasan sekitar ladang yang mana aktivitinya adalah menanm anak pokok Indigorafera yang mana pokok ini sangat disesuai dijadikan makanan kambing. Selepas itu, diadakan sesi servis peralatan ladang terutama mesin Chopper dan beberapa peralatan lain supaya segala peralatan dalam keadaan baik apabila hendak digunakan kelak. Aktiviti ini dilakukan sekitar 2 kali dalam 1 bulan.

Pada sebelah petang pula, saya bersama Fahri dan Syawal pergi ke kawasan pinggir hutan untuk mencari dedaun hijau seperti rumput liar dan Indigorafera yang tumbuh dikawasan hutan untuk diberi makanan kepada kambing pada keesokan harinya. Dedaun ini sangat penting kerana, di WB Fram terdapat kambing-kambing yang diimport dari Indonesia yang tidak makan pallet pada awal kemasukan ke kandang. 

Menurut Fahri, ternik ternakan kambing di Indonesia yang mana ternakan tidak pernah diberi makan pallet dan hanya diberi makan dedaun hijau sahaja. Justeru itu, pihak ladang terpaksa mencari makanan  seperti rumput atau dedaun untuk kambing-kambing tersebut apabila ternakan tersebut berada di kandang.

Aktiviti mencari dedaun hijau di pinggir hutan


Sekitar jam 4 petang, ramuan makanan untuk sebelah pagi telah disediakan. Ianya disediakan awal supaya memudahkan pengurusan pada keesokkan harinya. Setelah itu, aktiviti seterusnya adalah mengisar rumput sedia ada menggunakan mesin chopper untuk diberi makan kepada ternakan kerana jadual pemakanan di ladang tersebut untuk kali ketiga adalah diebri makanan rumput atau dedaun hijau yang segar pada jam 5.

Makanan kali terakhir adalah diberi pada jam 7 iaitu diberi ramuan makanan (soya + jagung + pallet kecil) sama seperti makanan pada waktu jam 10 pagi. Susu kambing juga diserah pada waktu petang sekitar 5 petang - 8 malam.

Saya sedang memberi makan rumput atau dedaun hijau segar kepada ternakan



Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I

Kambing Boer Pengganti Tongkat Ali?

Lelaki yang mengharapkan Tongkat Ali bagi memberikan `tenaga tambahan' kini boleh mencuba daging kambing Boer yang diternak di beberapa tempat di negara ini bagi mendapatkan tenaga yang sama. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata keupayaan kambing jantan Boer mengawan dengan kira-kira 50 ekor kambing betina pada musim mengawan (kira-kira dua bulan) seharusnya menyebabkan dagingnya mampu menawarkan `khasiat' kepada mereka yang memakannya. Tambahan pula katanya, akar Tongkat Ali semakin pupus berikutan permintaan yang meningkat, sedangkan kambing Boer boleh membiak. "Saya tak faham kenapa ada di antara kita yang kata tak boleh makan kambing kerana takut pening kepala. Tapi, bila berada di Makkah, kita boleh hentam (makan) kambing setiap sehari selama sebulan." - Datuk Azhar Ibrahim "Ada juga orang kita yang sanggup beli biawak pasir (dhab) dari negara Arab, semata-mata bagi menambahkan tenaga. Saya fikir