Skip to main content

10 Ekor Induk Kambing Permulaan Sangat Bagus


Assalamualaikum semua, masih belum terlambat saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Agak lama tidak update dengan penulisan ini disebabkan ketibaan bulan Syawal. Baru-baru ini saya mendapat satu kejutan di mana page Facebook Saiful Agrofarm menjadi viral di group-group penternak kambing disebabkan pengkongsian artikel daripada rakan ternak Akma Tani yang menyebabkan Page Like tiba-tiba meningkat dengan mendadak. Sesiapa yang meng"viral"kan tu saya ucapkan terima dan semoga bermanfaat dengan perkongsian tersebut.

Kini generasi muda mula berminat dengan aktiviti pertanian dan penternakan tetapi masih mencari rentak bagaimana memulakan bidang ini. Di sini saya kongsikan satu lagi kisah daripada saudara Alwi bagaimana cara yang terbaik menceburi bidangkan penternakan kambing dengan bermula hanya 10 ekor kambing induk. Saudara Alwi merupakan Usahawan Ternak Ruminan Jaya peringkat negeri Perak pada tahun 2013.

Menurut Alwi, bagi sesiapa yang ingin bermula dengan membiak kambing pedaging yang menggunakan kambing kacukan tempatan, langkah pertama sekali perlu diambil adalah mencari baka kambing dari ladang ternakan semi/separa intensif atau intensif (berkurung).

Ini adalah disebabkan kambing-kambing jenis ini telah dilatih dengan kaedah master servant relationship untuk membolehkan prestasi setiap ternakan kambing sentiasa meningkat. Berikut beberapa kos yang perlu diteliti bagi ternakan permulaan 10 ekor induk.

KOS KAMBING

Dari segi kos pembelian kambing pula biasanya kambing betina sekitar RM500 - RM600 per ekor manakala harga penjantan pula sekitar RM700 - RM900 per ekor. Jangkaan kos pembelian 11 ekor kambing adalah sekitar RM7000.

Apabila ada kambing, sudah semestinya kita perlu memiliki kandang. Bagi membuat kandang untuk 10 ekor jangan kita berfikir membuat kandang sebesar itu sahaja kerana kambing akan beranak dan membesar, justeru itu perlu difikirkan juga ruang untuk anak-anak kambing.

KOS KANDANG

Biasanya 1 ekor kambing yang selesa keadaannya 14 - 16 kaki persegi per ekor untuk mengelakkan keadaan yang sesak dan mengundang pelbagai penyakit. Nisbah kelahiran biasanya 1:1 dalam satu masa. Ini bermaksud jika kita mempunyai kambing 11 ekor, saiz kandang yang perlu didirikan adalah untuk memuatkan 22 ekor.

Secara kasarnya 16 kaki persegi x 22 = 352 kaki persegi. Dengan andaianya satu kaki persegi RM25. RM25 x 352 = RM8800 termasuk kos barang dan upah buruh. Kos kandang akan lebih rendah sekiranya menggunakan kayu terpakai.

KOS UBATAN

Bagi kos ubat pula, kita hanya perlukan dewormer, jarum dan syringe yang mana kosnya kurang daripada RM200 untuk kegunaan 2 tahun operasi. Bagi meningkatkan kadar kelahiran (Kidding Rate), digalakkan membuat deworming setiap 4 bulan. Jika sudah mahir barulah membuat selected deworming.

KOS MAKANAN

Bagi penternak baru, jangan terlampau mengikut cara atau kaedah penternak yang lama. Dalam bidang ternakan, kos makanan sangat memainkan peranan penting dalam meningkatkan pendapatan ladang. Penggunaan dedak tidak digalakkan kerana kos yang tinggi. Bagi induk 10 ekor cukuplah sekadar menggunakan foraj (rumput napier, indigorafera, petai belalang, daun balik angin, moringga) dengan cut and carry sahaja menggunakan motorsikal. Jika ternakan merangut sendiri lebih menjimatkan kos operasi.

PENDAPATAN

Pendapatan biasanya bermula tahun kedua. Jika tahap kelahiran sekitar 1.5 - 1.6 dan tahap kematian anak sekitar 0.3 bermakna anak kambing yang boleh dijual adalah sekitar 12 - 13 ekor (12 x RM500 = 6000).

Tahun seterusnya, jika menggunakan kaedah penjagaan yang baik, jumlah kelahiran anak kambing boleh mencapai sekitar 20 ekor setahun hanya daripada 10 ekor induk. Justeru itu, pendapatan tahunan minimun adalah sekitar RM10000.


SEDEKAH

Seeloknya, untuk menambahkan kualiti dan kuantiti ternakan ladang yang ada, digalakkan bersedekah seekor mahu dua ekor kambing betina ke Masjid atau pusat tahfiz. Di samping mendidik pelanggan yang mana kambing betina juga boleh dibuat aqiqah.

[Sumber : disunting daripada pengalaman sebenar Alwi Goat Farm]






Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I

Kambing Boer Pengganti Tongkat Ali?

Lelaki yang mengharapkan Tongkat Ali bagi memberikan `tenaga tambahan' kini boleh mencuba daging kambing Boer yang diternak di beberapa tempat di negara ini bagi mendapatkan tenaga yang sama. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata keupayaan kambing jantan Boer mengawan dengan kira-kira 50 ekor kambing betina pada musim mengawan (kira-kira dua bulan) seharusnya menyebabkan dagingnya mampu menawarkan `khasiat' kepada mereka yang memakannya. Tambahan pula katanya, akar Tongkat Ali semakin pupus berikutan permintaan yang meningkat, sedangkan kambing Boer boleh membiak. "Saya tak faham kenapa ada di antara kita yang kata tak boleh makan kambing kerana takut pening kepala. Tapi, bila berada di Makkah, kita boleh hentam (makan) kambing setiap sehari selama sebulan." - Datuk Azhar Ibrahim "Ada juga orang kita yang sanggup beli biawak pasir (dhab) dari negara Arab, semata-mata bagi menambahkan tenaga. Saya fikir