Skip to main content

Siri Terjah : Kaprima Hulu Seladang Valey Farm (KHSVF), Terengganu


Assalamualaikum, sempena cuti sekolah penggal II yang lalu, saya berkesempatan melawat satu ladang ternakan kambing komersial di Setiu, Terengganu. Perjalanan ke KHSVF tidak begitu jauh kira-kira 30 minit sahaja kerana ketika itu saya berada di rumah mentua saya di Besut. Bermula pertanyaan dari laman Facebook akhirnya berjaya membuat temujanji dengan tuan ladang iaitu Tuan Hariz.

KHSVF ini sebenarnya diuruskan oleh Tenox Plantation (M) Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tuan Hariz. Lawatan ke KHSVF diadakan di sebelah petang. Temujanji sekitar 4.30 petang tetapi saya terlewat sekitar jam 5.00 petang atas sedikit masalah teknikal.

Apabila sampai di Kampung Seladang masih tidak kelihata KHSVF. Masih tertanya-tanya dimanakah ladang tersebut berada. Saya terpaksa mengekori kenderaan Tuan Hariz masuk ke kawasan ladang. Jaraknya dari jalan utama sekitar 3 - 6 kilometer. Apabila sampai ke ladang, sangat terpegun dengan keluasan ladang tersebut iaitu 50 ekar.

Sampai di ladang, saya di sambut penuh mesra oleh Tuan Hariz. Kami berkenalan terlebih dahulu, maklumlah loghat utara saya menyebabkan dia sedikit pelik saya datang dari Besut dan saya datang berseorangan. Kemudian saya dibawa ke salah sebuah kandang kambing dewasa yang menempatkan kambing Seanan yang dikacukan dengan kambing Janampari.

Menurut Tuan Hariz, antara sebab kambing ini dikacukkan adalah untuk mendapatkan susu yang banyak, sedap dan susunya tidak terlampau cair. Pengurusan di ladang ini adalah sangat baik yang mana setiap nutrien diberi berasingkan mengikut kehendak kambing itu sendiri. Jadual pemakanan kambing diberikan sehari sebanyak 3 kali sehari (pagi, tengah hari dan petang). Sekali rumput segar dan dua kali lagi adalah pallet dengan sukatan dan ramuan yang dirumuskan oleh pihak KHSVF sendiri.

Tuan Hariz sedang memeriksa keadaan kambing dewasa yang bunting

Di KHSVF, terdapat lima kandang yang terdiri kandang beranak, anak dan dewasa. Setiap kelahiran selepas cerai susu akan di pindahkan ke kandang berlainan. Keluasan setiap kandang adalan 20x110 kaki persegi. Bagi petak dewasa, tidak wujud petak yang banyak memudahkan kambing bergerak atau berlari dengan aktif untuk mengelakkan kambing tidak cergas. Apabila kambing tidak cergas akan mempengaruhi pembesaran dan pembesaran lebih kepada lemak dan bukannya otot.

KHSVF juga mengamalkan sepenuhnya konsep sistem penternakan secara insentif (berkurung). Seterusnya, saya dibawa pula satu lagi kandang dewasa yang mana kandang tersebut merupakan kandang bagi kacukan kambing Seanan dengan Etawa. Kapasiti ternakan di KHSVF dalam satu masa adalah antara 300 hingga 400 ekor.

Ternakan yang terlalu banyak akan menyebabkan kos operasi semakin meningkat. Dari segi pengurusan penyakit ternakan pula, KHSVF menjalankan kegiatan rutin sebulan sekali untuk memeriksa setiap ternakan mengikut aspek-aspek tertentu supaya setiap ternakan dalam keadaan yang terbaik.

Jentera yang sedang membuat lubang untuk tanaman rumut Napier Zanzibar


Seterusnya, saya di bawa ke tapak penanaman rumput napier zanzibar yang dijalankan secara kaedah rumpun atau perdu. Walaubagaimanapun, sebelum ini KHSVF sebenarnya telah menanam rumput napier taiwan dan lain-lain secara jalur yang menyebabkan pelbagai masalah timbul terutamanya semasa tuaian dimana ada diantara rumput tidak tumbuh dengan baik atau mati. Justeru kali ini tenaman secara perdu membolehkan jika terdapat satu atau dua benih yang kurang subur atau mati dapat disokong benih yang lain dalam perdu tersebut.

Selain itu rumput zanzibar, tanaman hijau yang mempunyai protien tinggi seperti pokok Moringga atau dalam bahasa kampung pokok munggai turut ditanam untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pallet. Dengan itu, kos operasi terutamanya makanan ternakan akan dapat dikurangkan. Bak kata Tuan Hariz, menternak itu mudah tetapi untuk mengurangkan kos menternak itu susah tetapi KHSVF sebenarnya sedang berusaha sebaik mungkin dalam mengurangkan kos operasi supaya pendapatan akan lebih meningkat.

Walau bagaimanapun, dalam usaha meningkatkan pendapatan ladang, KHSVF turut menambah pendapatan sampingan dengan mengusahakan beberapa jenis tanaman yang cepat dituai untuk memaksimumkan penggunaan tanah yang sedia ada walaupun fokus utama adalah pengeluaran susu di samping jualan kambing untuk aktiviti aqiqah tersedia. Dengan kekuatan lima orang pekerja asing dan cuma seorang saja yang fokus terhadap ternakan, mereka dapat menjalankan operasi ladang dengan baik.

Dalam pada itu, pihak KHSVF optimis dalam menambah pendapatan mereka melalui pelbagai produk hiliran seperti penggunaan tahi kambing dijadikan baja kompos yang akan di tambah baik supaya lebih efektif dan dapat memberi lebih manfaat kepada para pengguna. Selain itu, KHSVF juga berhasrat menjadikan ladang mereka sebagai salah sebuah tempat agro pelancongan di Terengganu. Insyallah akan menjadi kenyataan.

Di akhir lawatan saya, Tuan Hariz memberi nasihat kepada para penternak yang ingin mencuba bidang ini supaya bermula dengan jumlah ternakan yang sedikit iaitu serendah 10 ekor untuk merasai pengalaman sebenar dunia ternakan dan kemudian barulah menambah ternakan secara berperingkat. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan lawatan ke KHSVF bolehlah menghubungi Tuan Hariz di 017-9033144 (call/sms/whats app) atau layari Facebook KHSVF.

Selfie bersama Tuan Hariz yang sporting!

Kandang yang luas memudahkan pergerakkan kambing


Penjaga tetap ladang supaya ternakan tidak dicuri

Tempat minuman ternakan. DIY sahaja


Kedalaman setiap lubang adalah 3 kaki untuk perdu napier




Comments

Mdm aisah said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Terima kasihh !!!!

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I

Kambing Boer Pengganti Tongkat Ali?

Lelaki yang mengharapkan Tongkat Ali bagi memberikan `tenaga tambahan' kini boleh mencuba daging kambing Boer yang diternak di beberapa tempat di negara ini bagi mendapatkan tenaga yang sama. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata keupayaan kambing jantan Boer mengawan dengan kira-kira 50 ekor kambing betina pada musim mengawan (kira-kira dua bulan) seharusnya menyebabkan dagingnya mampu menawarkan `khasiat' kepada mereka yang memakannya. Tambahan pula katanya, akar Tongkat Ali semakin pupus berikutan permintaan yang meningkat, sedangkan kambing Boer boleh membiak. "Saya tak faham kenapa ada di antara kita yang kata tak boleh makan kambing kerana takut pening kepala. Tapi, bila berada di Makkah, kita boleh hentam (makan) kambing setiap sehari selama sebulan." - Datuk Azhar Ibrahim "Ada juga orang kita yang sanggup beli biawak pasir (dhab) dari negara Arab, semata-mata bagi menambahkan tenaga. Saya fikir