Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Koperasi bekal kambing Boer

Pusat Pembiakan dan Pembakaan Kambing Boer milik Koperasi Pembangunan Desa (KPD) di Kampung Kabang, di sini akan dimajukan menjadi pusat pembiakan kambing Boer utama di negeri ini. Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Datu Mansor, berkata sasaran itu diyakini mampu dicapai melalui bantuan kepakaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). Beliau berkata, usaha itu bakal membantu merealisasikan matlamat kerajaan negeri untuk memajukan industri penternakan kambing. "Sebelum ini bukan mudah untuk kita menjual kambing tetapi sekarang semakin ramai yang tahu daging kambing lebih rendah kolestrol. "Permintaan bukan setakat di negeri ini, malah Brunei. Bagaimanapun, setakat ini usaha promosi KPD agak terhad kerana kami masih dalam peringkat meningkatkan pembiakan dan pembakaan," katanya ketika ditemui di pusat itu, semalam. Datu Basrun berkata, jika kambing Boer sudah banyak dibiakkan di pusat berkenaan, penternak tidak perlu membeli baka dari Australia pada h