Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Siri Terjah : Kaprima Hulu Seladang Valey Farm (KHSVF), Terengganu

Assalamualaikum, sempena cuti sekolah penggal II yang lalu, saya berkesempatan melawat satu ladang ternakan kambing komersial di Setiu, Terengganu. Perjalanan ke KHSVF tidak begitu jauh kira-kira 30 minit sahaja kerana ketika itu saya berada di rumah mentua saya di Besut. Bermula pertanyaan dari laman Facebook akhirnya berjaya membuat temujanji dengan tuan ladang iaitu Tuan Hariz. KHSVF ini sebenarnya diuruskan oleh Tenox Plantation (M) Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tuan Hariz. Lawatan ke KHSVF diadakan di sebelah petang. Temujanji sekitar 4.30 petang tetapi saya terlewat sekitar jam 5.00 petang atas sedikit masalah teknikal. Apabila sampai di Kampung Seladang masih tidak kelihata KHSVF. Masih tertanya-tanya dimanakah ladang tersebut berada. Saya terpaksa mengekori kenderaan Tuan Hariz masuk ke kawasan ladang. Jaraknya dari jalan utama sekitar 3 - 6 kilometer. Apabila sampai ke ladang, sangat terpegun dengan keluasan ladang tersebut iaitu 50 ekar. Sampai di ladang, saya di

Siri Praktikal Kambing 2

Assalamualaikum, kali ini saya akan buat sambungan posting lalu di mana selepas seminggu merasai dunia penternak di WB Farm, sekali lagi pada hujung minggu saya kembali meneruskan pembelajaran. Pada minggu ini saya sangat bertuah di kerana pada minggu ini akan diadakan sembelihan aqidah untuk para pelanggan yang telah membuat tempahan. Dua ekor kambing siap sedia untuk di sembelih. Sebelum aktiviti sembelihan diadakan, kawasan sembelihan terutamanya kawasan lantai dibersihkan supaya ia dalam keadaan bersih. Sementara itu, ayat-ayat al-Quran di perdengarkan supaya ternakan akan berada dalam keadaan tenang. Setelah itu, kambing-kambing tersebut diletakkan di tempat khas di rumah sembelihan bagi memudahkan kerja. Kambing yang telah dipilih untuk aktiviti aqiqah Terdapat beberapa bacaan yang harus dibaca sebelum melakukan aktiviti ini. Pengalaman ini sangat baik untuk sesiapa yang hendak menceburi dalam bidang penternakan ruminan. Seterusnya aktiviti melapah dilakukan.