Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Kilang Pallet Pelepah Sawit Untuk Ternakan Ruminan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengorak satu lagi langkah kejayaan apabila menghasilkan makanan ruminan ternakan berasaskan pelepah kelapa sawit. Kilang seumpamanya yang pertama di dunia, mula beroperasi Julai tahun lalu, berjaya menghasilkan dua jenis makanan untuk ternakan iaitu pelet makanan lengkap dan pelet makanan seratus peratus pelepah segar. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan ketika melawat kilang tersebut di Felda Bukit Sagu, dekat Kuantan, Pahang, baru-baru ini, berkata, kerajaan berharap kilang ini menjadi perintis kewujudan lebih banyak lagi kilang sedemikian pada masa depan. Ini kerana pelet, yang dihasilkan menggunakan teknologi Jepun dan Jerman, mendapat permintaan tinggi di pasaran sekarang. "Malah, pengusaha ternakan dari Kanada dan Korea Selatan juga dilihat berminat dan menyatakan hasrat untuk membeli produk ini," katanya. Ahmad berkata, kewuju