Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I

6 Tabung Wajib Bagi Usahawan Ternakan

Assalamualaikum, hari ini saya kongsikan tip berkenaan tabung yang perlu ada pada setiap usahawan ternakan sama ada sepenuh masa atau sambilan. Dalam sesuatu projek, kita sering memfokuskan berkenaan keadaan ladang dan ternakan sehingga lupa akan lupa pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan sangat penting dalam sesuatu projek kerana tanpa pengurusan kewangan yang bagus pasti akhirnya akan mendatangkan masalah pada diri sendiri. Dalam mewujudkan tabungan, pastikan dahulu kita membuat kiraan untung bersih atau gaji bersih bulanan ditolak dengan zakat 2.5% zakat pendapatan. Ok berikut merupakan 6 jenis tabung yang perlu ada. 1. TABUNG KEPERLUAN (NECESSITY) Tabung ini meruapakan pecahan terbesar dalam bahagian semua tabung iaitu 55%, yang mana duit dalam tabungan ini digunakan untuk menampung kos kehidupan seharian seperti perbelanjaan rumah, membayar bil, pengangkutan dan juga hutang yang ada. 2. TABUNG PERBELANJAAN (FUN) Tabung ini digunakan kepada setiap individu u

10 Ekor Induk Kambing Permulaan Sangat Bagus

Assalamualaikum semua, masih belum terlambat saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Agak lama tidak update dengan penulisan ini disebabkan ketibaan bulan Syawal. Baru-baru ini saya mendapat satu kejutan di mana page Facebook Saiful Agrofarm menjadi viral di group-group penternak kambing disebabkan pengkongsian artikel daripada rakan ternak Akma Tani yang menyebabkan Page Like tiba-tiba meningkat dengan mendadak. Sesiapa yang meng"viral"kan tu saya ucapkan terima dan semoga bermanfaat dengan perkongsian tersebut. Kini generasi muda mula berminat dengan aktiviti pertanian dan penternakan tetapi masih mencari rentak bagaimana memulakan bidang ini. Di sini saya kongsikan satu lagi kisah daripada saudara Alwi bagaimana cara yang terbaik menceburi bidangkan penternakan kambing dengan bermula hanya 10 ekor kambing induk. Saudara Alwi merupakan Usahawan Ternak Ruminan Jaya peringkat negeri Perak pada tahun 2013. Menurut Alwi, bagi sesiapa yang ingin bermula dengan