FACCEBOOK

STATIK PELAWAT

Jumlah Pelawat Semasa
Yang Menjenguk Laman Blog Ini
Berjumlah


Sejak
10 Mei 2008

Sekarang Nie

Orang Je
Tengah Usya-usya Blog nie

SUDUT ILMU

KAMBING BOER

1.Jurusan Pedaging
2.Warna Putih & Coklat Di Kawasan Leher & Kepala
3.Baka Asli Dengan Campuran Kambing European,Angora & Indian
4.Bertanduk Pada Jantan & Betina
5.Berat
  • Jantan:110kg-135kg

  • Betina:90kg -100kg

  • 6.Beranak
  • 3 kali Dalam Masa 2 Tahun

  • 7.Matang (Kebiasaannya)
  • Jantan:6 Bulan

  • Betina:10 –12 Bulan
  • KURSUS SANA-SINI

    MJ FATONAH SDN BHD

    Tarikh: 28 – 30HB MEI 2016
    Tarikh: 23 – 25HB JULAI 2016
    Tarikh: 27 – 29HB OGOS 2016
    Tarikh: 17 – 19HB SEPTEMBER 2016
    Tarikh: 01 – 03HB OKTOBER 2016
    Tarikh: 05 – 07HB NOVEMBER 2016
    Tarikh: 03 – 05HB DISEMBER 2016

    Maklumat lanjut, klik Di Sini
    *********************************
    KPD SABAH

    Tarikh: 26 - 28 JULAI 2016
    Lokasi: Ladang Ternakan Kambing KPD Kabang, Papar
    Bayaran: RM400

    Maklumat lanjut, klik Di Sini
    *********************************
    JPV Perak

    Tarikh: 12 MEI 2016
    Tarikh: 24 MEI 2016
    Tarikh: 31 MEI 2016
    Tarikh: 26 - 30 SEPTEMBER 2016
    Tarikh: 26 - 27 OKTOBER 2016

    Maklumat lanjut, klik Di Sini

    TANYA DR. VET ANDA?

    PENGIRAAN TARIKH KELAHIRAN

    Tarikh Kambing Mengawan

     
    BULAN: 
    HARI:
    TAHUN:




    MOBILE ON-LINE

    RADIO ON-LINE

    TV ON-LINE

    LAIN-LAIN KOMUNITI

    MUTIARA HATI

    "Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.Mereka itulah yang mendapat berkat yang sempurna dan rahmat daripada tuhan-Nya dan mereka itulah mendapat petunjuk" ~
    Surah al-baqarah (Ayat 155-157)

    *********************************

    " Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu" ~ Saidina Umar Al-Khatab

    *********************************

    Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”

    *********************************

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.”

    KEMASKINI TERAKHIR

    17 JULAI 2016
    Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

    Monday, May 24, 2010

    Kunjungan Ke Mini MAHA 'Sabah 2010'



    Assalamualaikum kepada para pembaca blog saya .. sekian lama menyepi bukan tanda menghilangkan diri tetapi ada tugas yang penting perlu saya laksanakan yang untuk menentukan kehidupan saya pada masa akan datang ..

    Sempena cuti semester, pulang lah saya ke kampung halaman dari kepulauan Borneo yang indah bila kita selalu menerokainya di sebabkan banyak khazanah alam yang masih belum di terokai .. Kali ini saya ingin berkongsi cerita dan pandangan saya terhadap kunjungan saya ke Mini MAHA yang diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah.

    Walaupun jadual saya padat ketika belajar di sebabkan banyak kajian lapangan dan lain-lain tugasan yang terpaksa di laksankan tetapi minat yang mendalam terhadap sektor penternakan iaitu Kambing Boer membuatkan saya mencuri sedikit masa untuk berkunjung ke pameran tersebut.

    Tentunya para pembaca terutama sesiapa yang minat mengenai sektor pertanian ini mengetahui apa itu MAHA (Malaysia Agriculure, Horticulture and Agrotourism) atau dalam Bahasa Melayu nya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia. Acara tersebut telah diadakan selama 4 hari iaitu pada 26 – 28 Mac 2010.

    Ruang Pameran/Produk

    Dalam pameran tersebut terbahagi kepada dua jenis yang saya boleh kelaskan iaitu Pameran dan Produk Pertanian. Bagi produk pertanian, saya lihat terdapatnya kejayaan dalam penganjurannya di mana dapat menarik minat peniaga-peniaga yang mempromosikan produk mereka tetapi pilu bagi saya melihat bahagian sudut pameran di mana tidak diisi oleh sektor swaswta di mana hanya sektor kerajaan sahaja menyertai pameran tersebut seperti Jabatan Vetarianar Negeri Sabah, Jabatan Pertanian dan Lembaga Kemajuan Ikan Malayisa (LKIM) dan di sokong oleh agensi-agensi lain saperti MARDI, AGRO Bank, Tekun Nasional dan lain – lain lagi. Disebabkan tiada sektor swasta yang terlibat dalam pameran tesebut menyebabkan kurangnya seri tidak seperti di Serdang ketika kunjungan saya ke MAHA 2008.

    Setahu saya terdapat juga pengusaha-pengusaha penternakan di Sabah tetapi dimanakah mereka berada. Walaupun perasaan saya hampa tetapi terubat juga terlihat telatak kambing-kambing Boer yang terdapat di situ. Ketika di situ juga, sempat jugalah saya bertanya kepada pegawai Vet mengenai pasaran kambing di sabah samada mempunyai market ke tidak. Maklum balas pegawai tersebut adalah positif

    Pasaran kambing di Sabah adalah positif dan bertambah hangat disebabkan rakyat Brunei menyukai daging kambing menyebabkan permintaan kambing selalu meningkat di negeri ini - Pegawai Veterinar.

    Ia juga disebabkan faktor geografi atau bentuk muka bumi Sabah di mana negeri Sabah bersebelahan Negara Brunei yang memudahkan rakyat Brunei mendapatkan pembekal dari ladang-ladang yang berada di negeri Sabah.

    Pengunjung

    Ketika mula saya tiba di tapak pameran sungguh gembira melihat kehadiran para pengunjung yang hadir menyaksikan Mini Maha yang jarang sekali diadakan. Tetapi dari mata kaca saya hanya pengunjung dewasa dan ke atas yang banyak membanjiri pemeran tersebut dan kurangnya golongan remaja yang hadir di situ. Ini menunjukkan minat golongan remaja terhadap sektor pertanian adalah kuranag walaupun adalah sesetengah sekolah menawarkan subjek sains pertanian tetapi belum cukup menambahkan minat remaja terhadap sektor ini.

    Sekian,Wassalam.

    Lensa kamera saya sempat juga merakamkan beberapa panorama Mini MAHA Sabah 2010.. Saksikanlah.....



    Labels:

    Subscribe to: Posts (Atom)