Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Konsep Sifar Sisa Dalam Farm

Pelbagai gelaran digunakan di dalam industri kambing ini untuk menunjuk industri kambing adalah projek berdaya maju seperti Emas Merah mewakili Daging,Emas Putih Mewakili Susu,Emas Hitam mewakili Tinja untuk dijadikan Baja Kompos tetapi di Syamille Agro Farm terdapatnya Emas Biru iaitu lebihan sisa kumbahan ternakan dijadikan Api untuk kegunaan memasak atau dikenali sebagai tenaga sumber alternatif (Biomas). Menurut En. Hiruddin yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Syamille Agro Farm berkata teknologi seperti ini telah lama bertapak di kawasan penternakan kambing di Solo Indonesia.Syamille Agro Farm dengan kerjasama LHM Research dari Indonesia telah berkongsi teknologi mereka dan dipindahkan kepada ladang tersebut yang terletak di Kampung Chuar Hulu,Kati,Kuala Kangsar. Saya berpeluang melihatnya sendiri ketika berkursus di ladang tersebut pada April 2009.Syamille Agro Farm & Resort bukan sahaja mempunyai permandangan yang menarik dari segi fizikal tetapi ladang tersebut kaya deng