Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2008

Kambing Boer Daging Bermutu

DALAM mengubah dan membentuk serta membimbing masyarakat untuk membina jati diri yang prograsif khususnya membantu masyarakat pekebun kecil ke arah peningkatan ekonomi keluarga mereka, pelbagai program tela diperkenalkan oleh kerajaan negeri.Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) telah mengadakan perancangan terperinci membantu masyarakat pekebun kecil meningkatkan taraf hidup.Kambing Boer merupakan projek pembangunan ekonomi yang berbentuk komersial dirancang dan dilaksanakan oleh pihak Risda di Espek Tanjung Genting Changloon, Kedah.Pembiakaan kambing kacukan Boer pada 23 Jun tahun lalu dan sehingga kini telah mempunyai sebelas kandang. Kandang jenis GIFT 3 unit dan 11 kandang Conventional dengan setiap kandang mempunyai muatan antara 120 hingga 150 ekor kambing.Keluasan tanah projek meliputi kawasan berbukit dan juga pembangunan infrastuktur seluas 16.1874 hektar serta kawasan pastura seluas 24.2812 hektar. Apa yang menarik, proses kacukan dil

Gemukkan Kambing Menggunakan Magic Box

SETELAH 11 tahun berkecimpung dalam dunia perusahaan penternakan kambing, Muhammad Fauzi Daud, 44, membuktikan usaha gigih, pergorbanan serta pengalaman yang sentiasa mendewasakan beliau dalam industri berkenaan pasti membuahkan hasil. Bermula hanya dengan 20 ekor kambing serta bermodalkan wang sebanyak RM30,000, beliau memulakan perusahaannya di sebuah ladang ternakan di Lenggeng, Negeri Sembilan. Lebih menarik, beliau yang tidak tergopoh gapah untuk mencari keuntungan ataupun pulangan dalam masa yang singkat, sebaliknya menghabiskan masa selama lima tahun untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri berhubung segala faktor yang berkaitan perusahaannya. Ini termasuk mengkaji sistem ternakan terbaik, faktor pemakanan dan juga aspek penjagaan yang dapat diaplikasikan kepada kambing-kambing ternakannya. Langkah tersebut adalah bagi memastikan penceburan beliau dalam bidang tersebut bukan sekadar untuk menjual serta membekalkan kambing, malah mewujudkan sebuah sistem y

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum...salam kepada semua rakan ternak yang sudi mengunjungi blog saya ni..Maaf kerana sudah agak lama saya tidak upgrade blog ni.Sejak kebelakangan ini saya sibuk dengan hal peribadi.Lagi pun buat masa ini,saya masih lagi tidak mempunyai bahan untuk dikongsi dengan para pembaca blog saya ini. Tapi dengan semangat yang kuat ini,saya akan cuba berkongsi dengan para pembaca blog ni mengenai industri pertanian di negara kita terutamanya mengenai ternakan kambing dan tanaman serai.Semoga Hari Raya Korban yang akan datang ini akan menambahkan rezeki berlibat kali ganda kepada para penternak sekalian tetapi bagi penternak yang baru hendak mencuba macam saya ni,tanamkan azam yang kuat supaya semangat tersebut tidak luntur di kemudian hari. Dengan ini juga saya ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada pembaca blog ini yea.Insyallah saya akan upgrade blog ini dari semasa ke semasa.Sayonara...