Skip to main content

Kambing Boer Daging Bermutu

DALAM mengubah dan membentuk serta membimbing masyarakat untuk membina jati diri yang prograsif khususnya membantu masyarakat pekebun kecil ke arah peningkatan ekonomi keluarga mereka, pelbagai program tela diperkenalkan oleh kerajaan negeri.Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) telah mengadakan perancangan terperinci membantu masyarakat pekebun kecil meningkatkan taraf hidup.Kambing Boer merupakan projek pembangunan ekonomi yang berbentuk komersial dirancang dan dilaksanakan oleh pihak Risda di Espek Tanjung Genting Changloon, Kedah.Pembiakaan kambing kacukan Boer pada 23 Jun tahun lalu dan sehingga kini telah mempunyai sebelas kandang.

Kandang jenis GIFT 3 unit dan 11 kandang Conventional dengan setiap kandang mempunyai muatan antara 120 hingga 150 ekor kambing.Keluasan tanah projek meliputi kawasan berbukit dan juga pembangunan infrastuktur seluas 16.1874 hektar serta kawasan pastura seluas 24.2812 hektar. Apa yang menarik, proses kacukan dilakukan di Australia dan anak kambing tersebut di peranakkan di sini. Setakat ini kambing Boer baru memasukki generasi pertama dan kacukan tersebut akan tercapai menjadi Kambing Boer yang sebenar apabila sampai kepada generasi ke tujuh bermula dari sekarang mengambil masa tiga tahun.

Ternakan kambing Boer menjadi lebih menarik apabila rumput yang dijadikan bahan makanan ditanam sendiri oleh pengusaha jenis napier yang ditanam di atas kawasan seluas 24.2812 hektar.


Di dalam kandang secara cut dan cavry menu utama kambing adalah rumput segar ditambah pula dengan goet peelet yang diberi pada waktu pagi, tengahari dan juga petang. Semua diuruskan oleh pekerja khas dengan seorang pekerja mengawal antara 240 hingga 300 ekor kambing. Sehingga kini terdapat dua jenis anak benih kambing yang telah diterima iaitu sebanyak 391 ekor jenis pure cashmere dan 297 ekor jenis cashmere cross betina. Manakala kambing jantan boer pula sebanyak sepuluh ekor antara Jun hingga Oktober tahun lalu. Ratio yang meliputi seekor jantan bagi 80 ekor betina.

Kaedah penternakan ini bermula dengan kandang seluas 4,000 kaki persegi di atas kawasan rekreasi seluas 0.2 hektar hingga 0.3 dilingkungi oleh pagar elekterik .

Oleh yang demikian menjadi harapan RSPSB agar pusat pembiak baka kambing kacukan Boer ini dapat menjadi sebuah pusat pengeluar baka kambing yang bermutu dan menjadi sebuah institusi rujukan bagi indutri ternakan kambing yang ulung di Malaysia. Matlamat khusus penubuhan pusat pembiak bakaan kambing ini adalah untuk mengeluarkan dan membekalkan baka kambing pada harga yang rendah berbanding diimport kepada bakal peserta program pergemukan. Dalam jangka masa panjang penubuhan pusat ini akan menyumbangkan kepada perkembangan industri ternakan negara melalui peningkatan pengeluaran makanan

Pada tahun 2000 permintaan terhadap daging kambing adalah sebanyak 14,000 tan, berbanding pengeluaran hanya 983 tan. Berdasarkan penggunaan perkapita sebanyak 0.65 kilogram setahun manakala permintaan dijangka meningkat kepada 16,800 tan sedangkan pengeluaran yang di jangka hanyalah 1,200 tan. Malah ia juga dapat mengurangkan pengimportan daging negera dan menjimatkan pertukaran wang asing, selain itu dapat membantu menabah pendapatan dan meningkat taraf hidup pekebun kecil.


[Sumber Berita : Ladang Infoternak ]


Comments

tajudin said…
ini maklumat yang baik/berguna, boleh bagi tau kawan/sedara yang minat

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I

Kambing Boer Pengganti Tongkat Ali?

Lelaki yang mengharapkan Tongkat Ali bagi memberikan `tenaga tambahan' kini boleh mencuba daging kambing Boer yang diternak di beberapa tempat di negara ini bagi mendapatkan tenaga yang sama. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata keupayaan kambing jantan Boer mengawan dengan kira-kira 50 ekor kambing betina pada musim mengawan (kira-kira dua bulan) seharusnya menyebabkan dagingnya mampu menawarkan `khasiat' kepada mereka yang memakannya. Tambahan pula katanya, akar Tongkat Ali semakin pupus berikutan permintaan yang meningkat, sedangkan kambing Boer boleh membiak. "Saya tak faham kenapa ada di antara kita yang kata tak boleh makan kambing kerana takut pening kepala. Tapi, bila berada di Makkah, kita boleh hentam (makan) kambing setiap sehari selama sebulan." - Datuk Azhar Ibrahim "Ada juga orang kita yang sanggup beli biawak pasir (dhab) dari negara Arab, semata-mata bagi menambahkan tenaga. Saya fikir