Skip to main content

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan


Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan.

Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM.

APA ITU EM

EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari Jepun dan sudah berada di pasaran tahun 1983. 

FUNGSI EM

  • Bakteria asid laktik bertindak sebagai pendinding dan menghalang pembiakan patogen dalam tumbesaran.
  • Membina ketahanan tanaman dari serangan penyakit dan serangga perosak.
  • Pengurai bahan buangan seperti tinja kambing.
KELEBIHAN EM
  • Bebas daripada kesan-kesan sampingan dan mesra alam
  • Tingkatkan tumbesaran ternakan dan tanaman
  • Menghilangkan bau ammonia
  • Mengurangkan pembiakan lalat 
  • Mempercepatkan Kadar Tukaran Makanan (FCR)
  • Penghasilan baja organik atau kompos
Aplikasi EM kepada penternakan contohnya kambing boleh dilakukan melalui :
  • Air minuman kambing
  • Menyembur pada bahagian badan dan juga kandang kambing
  • Menyembur tinja kambing yang lembap dan basah
  • Silaj 
KELEBIHAN EM UNTUK PENTERNAKAN KAMBING

1. Penghadaman yang baik
Ini kerana bakteria baik’ bertambah dan menyebabkan selera makan meningkat dan mempercepatkan proses penghadaman.

2. Bulu yang cantik dan berkilat
EM membentuk proses pemakanan yang elok dan bersih.

3. Berat badan bertambah
Kehadiran bakteria ini akan mempercekapkan kadar pertukaran makanan (FCR) dan menyebabkan pertambahan berat badan meningkat dari kadar biasa.

4. Kambing menjadi tenang
Membaiki sistem penghadaman seterusnya dapat meningkatkan tumbesaran dan ketahanan terhadap penyakit.

5. Mengurangkan bau kambing dan kandang
Bakteria tidak boleh membiak dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

6. Tinja tidak berbau busuk
Kadar lalat untuk menghurung tinja berkurangan dan menghidupkan suasana yang bersih dan cantik.

7. Menghasilkan baja organik
Penguraian gas-gas tersebut menjadikan tinja lebih berkesan dan berkualiti kepada tumbuh-tumbuhan.

PROSES MENGAKTIFKAN EM-1

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

EM-1
Gula Merah / Molases
Air Bersih (Bebas Klorin)
Tong / Botol Plastik Berpenutup

Nisbah Bancuhan - 1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih

Langkah 1
Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya sisa kimia.

Langkah 2
Isikan 10 liter air bersih (suam) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.

Langkah 3
Tambahkan 10 liter air bersih (suam) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.
Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.

Langkah 4
Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.

*EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.

Langkah 5
Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.

Langkah 6
Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution (EMAS) telah sedia untuk digunakan.

*Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih (bebas klorin).

Nisbah campuran EMAS : Air Bersih seperti berikut :

1:50 bagi tujuan pereputan
1:100/200 bagi tujuan nyah bau.


EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.

*EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.




Comments

Zaidi said…
Berapakah nisbah EMAS dan air bersih untuk air minuman lembu. Tq

Popular posts from this blog

Baja Kompos

Baja Kompos Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien. Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar ...

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I...