Skip to main content

Konsep Sifar Sisa Dalam Farm


Pelbagai gelaran digunakan di dalam industri kambing ini untuk menunjuk industri kambing adalah projek berdaya maju seperti Emas Merah mewakili Daging,Emas Putih Mewakili Susu,Emas Hitam mewakili Tinja untuk dijadikan Baja Kompos tetapi di Syamille Agro Farm terdapatnya Emas Biru iaitu lebihan sisa kumbahan ternakan dijadikan Api untuk kegunaan memasak atau dikenali sebagai tenaga sumber alternatif (Biomas).

Menurut En. Hiruddin yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Syamille Agro Farm berkata teknologi seperti ini telah lama bertapak di kawasan penternakan kambing di Solo Indonesia.Syamille Agro Farm dengan kerjasama LHM Research dari Indonesia telah berkongsi teknologi mereka dan dipindahkan kepada ladang tersebut yang terletak di Kampung Chuar Hulu,Kati,Kuala Kangsar.

Saya berpeluang melihatnya sendiri ketika berkursus di ladang tersebut pada April 2009.Syamille Agro Farm & Resort bukan sahaja mempunyai permandangan yang menarik dari segi fizikal tetapi ladang tersebut kaya dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh kita pelajari.Tempatnya amat sesuai bagi bakal penternak baru untuk menimba sedikit ilmu serta pengalaman yang ada di ladang tersebut.Selain itu,Syamille Agro Farm merupakan sebuah ladang pengganda.

Kamera saya sempat merakam bagaimana aliran pemprosesan sisa ladang tersebut kepada sumber tenaga biomas.

Aliran 1
Proses ini bermula dari kandang itu sendiri dimana bahan najis ternakan kambing/lembu berkumpul.Pada amnya najis dikumpul dan dianggut untuk dijadikan baja kompos manakala air kencing di alir ke longkang seperti gambar di bawah.


Aliran 2
Air kencing yang dilepaskan oleh ternakan akan di alirkan melalui longkang ini.






Aliran 3
Seterusnya daripada longkang aliran air najis tersebut di alirkan kepada 3 bahagian tapisan untuk menapis sisa pepejal yang masih ada.





Aliran 4
Seterusnya aliran air najis tersebut di alirkan ke sebuah kolam takungan yang besar selepas melepasi tapisan sisa pepepjal.





Aliran 5
Kemudian,gas amonia yang terkumpul di bahagian kolam takungan di salurkan ke dalam dua buah kiub ini untuk di proses menjadi tenaga biomas.





Aliran 6
Gas yang telah di proses disalurkn melalui paip kecil yang untuk di sambungkan ke bahgian dapur rumah.





Aliran 7
Apabila proses tersebut lengkap,dapur untuk kegunaan memasak telah tersedia dan tidak perlunya mempunyai tong gas.





Gas yang dihasilkan adalah sama seperti yang terdapat di dalam tong gas rumah kita.Ketika saya melihatkan semua yang di tunjukkan terdapat satu je perbezaannya iaitu gas yang dihasilkan tidak berbau.Tetapi diingatkan sifat gas yang sebenarnya adalah tidak mempunyai bau,tujuan gas berbau di dalam tong gas adalah untuk mengingatkan kita terdapatnya kebocoran gas.

Pada pengetahuan saya,Syamille Agro Farm merupakan farm pertama di Malaysia yang mempunyai teknologi sebegini.Justeru itu,saya mencadangkan kepada para penternak agar dapat meluangkan sedikit masa untuk melihat teknologi seperti ini di dalam negara kita serta dapat kita membangunkan teknologi ini pada setiap ladang kambing di Malayisa.

Sekian.



Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I

Kambing Boer Pengganti Tongkat Ali?

Lelaki yang mengharapkan Tongkat Ali bagi memberikan `tenaga tambahan' kini boleh mencuba daging kambing Boer yang diternak di beberapa tempat di negara ini bagi mendapatkan tenaga yang sama. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata keupayaan kambing jantan Boer mengawan dengan kira-kira 50 ekor kambing betina pada musim mengawan (kira-kira dua bulan) seharusnya menyebabkan dagingnya mampu menawarkan `khasiat' kepada mereka yang memakannya. Tambahan pula katanya, akar Tongkat Ali semakin pupus berikutan permintaan yang meningkat, sedangkan kambing Boer boleh membiak. "Saya tak faham kenapa ada di antara kita yang kata tak boleh makan kambing kerana takut pening kepala. Tapi, bila berada di Makkah, kita boleh hentam (makan) kambing setiap sehari selama sebulan." - Datuk Azhar Ibrahim "Ada juga orang kita yang sanggup beli biawak pasir (dhab) dari negara Arab, semata-mata bagi menambahkan tenaga. Saya fikir