Assalamualaikum, hari ini saya kongsikan tip berkenaan tabung yang perlu ada pada setiap usahawan ternakan sama ada sepenuh masa atau sambilan. Dalam sesuatu projek, kita sering memfokuskan berkenaan keadaan ladang dan ternakan sehingga lupa akan lupa pengurusan kewangan.
Pengurusan kewangan sangat penting dalam sesuatu projek kerana tanpa pengurusan kewangan yang bagus pasti akhirnya akan mendatangkan masalah pada diri sendiri. Dalam mewujudkan tabungan, pastikan dahulu kita membuat kiraan untung bersih atau gaji bersih bulanan ditolak dengan zakat 2.5% zakat pendapatan.
Ok berikut merupakan 6 jenis tabung yang perlu ada.
1. TABUNG KEPERLUAN (NECESSITY)
Tabung ini meruapakan pecahan terbesar dalam bahagian semua tabung iaitu 55%, yang mana duit dalam tabungan ini digunakan untuk menampung kos kehidupan seharian seperti perbelanjaan rumah, membayar bil, pengangkutan dan juga hutang yang ada.
2. TABUNG PERBELANJAAN (FUN)
Tabung ini digunakan kepada setiap individu untuk menikmati hasil titik peluh kita. Hasil tabung ini di merupakan reward kepada diri sendiri seperti kegunaan untuk melancong, menonton wayang, membawa keluarga keluarga makan di restoran mewah dan apa-apa sahaja bagi menyeronokkan diri sendiri. Bahagian tabungan ini adalah 10%.
3. TABUNG KECEMASAN (FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT)
Setiap pada kita pasti akan ada waktu luar jangka, Sudah pasti kita sangat memerlukan tabungan ini. Tabungan ini juga merupakan tabungan simpanan tetap dan mengambil masa yang lama untuk menyimpannya. Biasanya tabungan jenis ini akan memberi pulangan setiap tahun seperti simpanan Tabung Haji, ASB, membeli emas dan sebagainya, Pembahagian tabung ini adalah 10%.
4. TABUNG SIMPANAN JANGKA PANJANG (LONG TERM SAVING)
Tabung ini berfungsi untuk kegunaan kita semula seperti membeli TV, motosikal, perabot dan lain-lain secara tunai. Tabungan ini juga dapat digunakan untuk membayar deposit rumah. Pembahagian tabung ini adalah 10%.
5. TABUNG KEBAJIKAN/SEDEKAH (CHARITY)
Tabung ini khas untuk dihabiskan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Ia perlu dihabiskan setiap bulan. Pelbagai cara dapat kita lakukan seperti menyalurkan kepada surau, anak yatim dan golongan yang memerlukan. Pembahagian tabung ini adalah 5%
6. TABUNG PENDIDIKAN (EDUCATION)
Tabung yang terakhir adalah tabung bagi tujuan pembelajaran atau pendidikan. Ia adalah untuk kegunaan kita atau anak-anak yang bersekolah. Bagi seorang penternak, tabung ini sangat penting untuk mengupgrade ilmu-ilmu ternakan seperti membeli buku dan menyertai seminar supaya ilmu dan rangkaian kenalan penternak juga turut bertambah. Pembahagian tabung ini adalah 10%.

Comments