Assalamualaikum, kali ini saya akan buat sambungan posting lalu di mana selepas seminggu merasai dunia penternak di WB Farm, sekali lagi pada hujung minggu saya kembali meneruskan pembelajaran. Pada minggu ini saya sangat bertuah di kerana pada minggu ini akan diadakan sembelihan aqidah untuk para pelanggan yang telah membuat tempahan.
Dua ekor kambing siap sedia untuk di sembelih. Sebelum aktiviti sembelihan diadakan, kawasan sembelihan terutamanya kawasan lantai dibersihkan supaya ia dalam keadaan bersih. Sementara itu, ayat-ayat al-Quran di perdengarkan supaya ternakan akan berada dalam keadaan tenang. Setelah itu, kambing-kambing tersebut diletakkan di tempat khas di rumah sembelihan bagi memudahkan kerja.
Terdapat beberapa bacaan yang harus dibaca sebelum melakukan aktiviti ini. Pengalaman ini sangat baik untuk sesiapa yang hendak menceburi dalam bidang penternakan ruminan. Seterusnya aktiviti melapah dilakukan. Cara yang terbaik adalah dengan mengantung ternakan di tempat khas.
Dalam aktiviti melapah, perkara pertama adalah dengan membuang kulitnya. Pisau aktiviti melapah adalah berbeza dengan pisau sembelihan. Para penyembelih perlu menyediakan beberapa jenis pisau bagi memudahkan kerja.
Selepas itu, kambing tersebut dibelah dan dibuang perut dan sistem pencernaannya dan kemudian di potong enam bahgian iaitu peha dan juga badannya.

Kambing yang telah dipilih untuk aktiviti aqiqah

Tempat khas digunakan untuk aktiviti sembelihan dan melapah
Pada sebelah petang pula, saya menimba pengalaman bagaimana untuk memotong pokok napier yang sudah matang. Ini kerana pemotongan yang salah akan menyebabkan kerosakan pada tumbuhan tersebut. Pemotongan manual yang baik adalah menggunakan sabit dan dilakukan pemotongan secara menyerong.
Bagi ladang ternakan yang mempunyai ternakan yang banyak. Sebaiknya rumput yang telah dipotong hendaklah diproses menggunakan mesin chopper supaya memudahkan ternakan makan. Ini kerana batang napier yang lembut juga dapat di proses untuk diberi makan kepada ternakan dan juga dapat mengelakkan pembaziran sumber makanan tetapi bagi ladang ternakan yang mempunyai ternakan kurang daripada 10 ekor, rumput napier boleh juga diberi makan terus kepada ternakan tanpa di cincang.

Aktiviti pemotongan rumput napier dilakukan
Pada lewat petang pula, pembelajaran diteruskan dengan satu lagi ilmu baru ditimba iaitu teknik pemerahan susu kambing. Setiap apa yang dilakukan di ladang perlunya wujud Standart Operation Prosedur (SOP) bertulis supaya ia akan memudahkan setiap kerja dan apabila adanya pekerja baru membolehkan langkah-langkah yang sama dilakukan.
Bagi SOP biasa memerah susu, kambing diikat ditepi bahagian kandang supaya ternakan tidak bergerak. Ketika perahan, sarung tangan perlu digunakan untuk tujuan kebersihan. Kemudian setelah habis, susu tersebut dimasak 10 - 15 minit dan kemudian ditapis untuk dimasukkan ke dalam botol. Saiz botol terpulang kepada setiap pemilik ladang dan kebiasaanya susu kambing akan menggunakan botol 250 ml.
Tujuan ditapis adalah untuk mengelakkan bulu-bulu kambing yang mungkin terjatuh kedalam susu. Kemudian botol - botol tersebut diletakkan ke dalam peti sejuk. Jika susu diletakkan di bahagian beku, tempoh ketahanan susu boleh dicapai sehingga 3 minggu.
Bagi WB Farm, jualan susu kambing sahaja sekitar 100 - 150 botol sebulan dengan harga RM10 sebotol. Bagi harga susu kambing di semanjung Malaysia sekitar RM5-6 sebotol.
Bagi SOP biasa memerah susu, kambing diikat ditepi bahagian kandang supaya ternakan tidak bergerak. Ketika perahan, sarung tangan perlu digunakan untuk tujuan kebersihan. Kemudian setelah habis, susu tersebut dimasak 10 - 15 minit dan kemudian ditapis untuk dimasukkan ke dalam botol. Saiz botol terpulang kepada setiap pemilik ladang dan kebiasaanya susu kambing akan menggunakan botol 250 ml.

Saiz botol 250 ml dan kaedah pemerahan susu kambing

Comments