DALAM mengubah dan membentuk serta membimbing masyarakat untuk membina jati diri yang prograsif khususnya membantu masyarakat pekebun kecil ke arah peningkatan ekonomi keluarga mereka, pelbagai program tela diperkenalkan oleh kerajaan negeri.Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) telah mengadakan perancangan terperinci membantu masyarakat pekebun kecil meningkatkan taraf hidup.Kambing Boer merupakan projek pembangunan ekonomi yang berbentuk komersial dirancang dan dilaksanakan oleh pihak Risda di Espek Tanjung Genting Changloon, Kedah.Pembiakaan kambing kacukan Boer pada 23 Jun tahun lalu dan sehingga kini telah mempunyai sebelas kandang. Kandang jenis GIFT 3 unit dan 11 kandang Conventional dengan setiap kandang mempunyai muatan antara 120 hingga 150 ekor kambing.Keluasan tanah projek meliputi kawasan berbukit dan juga pembangunan infrastuktur seluas 16.1874 hektar serta kawasan pastura seluas 24.2812 hektar. Apa yang menarik, proses kacukan dil...