Assalamualaikum, sempena cuti sekolah penggal II yang lalu, saya berkesempatan melawat satu ladang ternakan kambing komersial di Setiu, Terengganu. Perjalanan ke KHSVF tidak begitu jauh kira-kira 30 minit sahaja kerana ketika itu saya berada di rumah mentua saya di Besut. Bermula pertanyaan dari laman Facebook akhirnya berjaya membuat temujanji dengan tuan ladang iaitu Tuan Hariz. KHSVF ini sebenarnya diuruskan oleh Tenox Plantation (M) Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tuan Hariz. Lawatan ke KHSVF diadakan di sebelah petang. Temujanji sekitar 4.30 petang tetapi saya terlewat sekitar jam 5.00 petang atas sedikit masalah teknikal. Apabila sampai di Kampung Seladang masih tidak kelihata KHSVF. Masih tertanya-tanya dimanakah ladang tersebut berada. Saya terpaksa mengekori kenderaan Tuan Hariz masuk ke kawasan ladang. Jaraknya dari jalan utama sekitar 3 - 6 kilometer. Apabila sampai ke ladang, sangat terpegun dengan keluasan ladang tersebut iaitu 50 ekar. Sampai di ladang, saya di...