Skip to main content

Ternakan Kambing Boer Mampu Jana Pendapatan


RASHID Elias melihat sebahagian daripada kambing boer yang diternaknya di projek
ternakan kambing miliknya di Kampung Tengah, Sunagi Terap, Muar baru-baru ini.

Selain mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu, Rashid Elias, 38, turut mengusahakan ternakan kambing boer yang pada asalnya bermula dengan sejumlah 24 ekor tetapi kini meningkat kepada lebih 50 ekor.

Menurutnya, kambing boer yang berasal dari Australia itu diternak bagi mendapatkan baka serta dagingnya dijual kepada penternak-penternak tempatan di daerah ini.

Bagi memastikan projek ternakan itu membuahkan hasil yang lumayan, Rashid sanggup membina sebuah bangsal khas dengan modal sebanyak RM50,000, bersebelahan rumah projek tanaman cendawan tiram beliau.

“Saya tidak senang duduk apabila hanya menjalankan satu kerja dan mendapati ternakan kambing boer juga memberikan peluang pendapatan yang secara tidak langsung mampu menjana ekonomi diri dan syarikat,” katanya .

Kelebihan menternak kambing boer ialah permintaan terhadap dagingnya tinggi kerana ia kurang mengandungi bahan kolestrol berbanding kambing jenis lain manakala proses tumbesaran ternakan itu pula agak cepat.- Rashid Elias


Menurutnya, setiap baka kambing boer itu mula dijual seawal usianya empat bulan, manakala tempoh jangka hayat haiwan ternakan itu pula antara empat hingga lima tahun.

Meskipun perlu berbelanja agak besar bagi proses penjagaan haiwan ini termasuk makanan yang terpilih serta rawatan suntikan khas setiap tahun, kambing boer pernah diberi sokongan oleh kerajaan agar ia diternak secara meluas di negara ini.

“Baka kambing ini saya peroleh menerusi kenalan di Australia dan dia banyak membantu saya mengimport haiwan ini yang dikategorikan sebagai berdarah penuh atau baka jati boer,” jelasnya.



[Sumber Berita : Utusan Malaysia ]


Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari...

Baja Kompos

Baja Kompos Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien. Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar ...

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I...