Skip to main content

Kambing Vs Study



Salam buat para penternak-penternak kambing yang makin mantap dan maju sekarang dalam industri ini.Rasanya sudah lama saya tidak update blog saya ini di sebabkan tiada isu-isu yang menarik tentang dunia penternakan kambing untuk saya paparkan.

Tetapi dalam paparan blog saya kali ini ingin berkongsi sedikit perasaan atau luahan hati saya bersama pembaca semua terutama anak muda yang mula-mula hendak berjinak dalam bidang pertanian yang bertajuk Kambing Vs Study.Apa kaitannya itu?Bukannya saya nak berkongsi ilmu penternakan kambing tetapi saya ingin berkongsi apakah impian yang menjadi sebahagian cita-cita saya yang membuat saya mejadi keliru.

Bermula di sekolah menengah saya mengimpikan untuk menjadi seorang usahawan tetapi masih bingun atau tercari-cari bidang apa yang baik di ceburi.Disebabkan pendedahan di sekolah oleh para guru-guru dan media massa menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menceburi bidang pertanian secara khususnya bidang penternakan kambing kerana saya mempunyai tanah yang terbiar milik keluarga saya.Lagi pun pepatah menyebut “berbudi pada tanah ada hasilnya”.

Saya memang pelik dari kawn-kawan yang lain di mana mereka mengimpikan pekerjaan di sektor-sektor pembuatan atau lain-lain industri di bandar.Berbeza dengan saya dimana mengimpikan mempunyai ladang kambing boer yang terdapatnya fullblood boer serta pureblood yang mantap-mantap belaka hanya bekerja mengeluarkan peluh di tempat yang kecil seperti di kampong atau pecan kecil sahaja.Untuk menjadi seorang usahawan bukanlah perkara yang mudah kerana untuk berjaya kita terpaksa menghadapi pelbagai risiko menyebabkan kita akan mengalami pelbagai cabaran.Itulah kata-kata yang selalu terungkap dalam kata-kata usahawan yang telah berjaya.

Bagi Albert Einstein pula,formula kejayaan seseorang adalah..


A(Kejayaan) = X(Kerja Keras) + Y(Santai) & Z(Bertenang)

Tetapi bagi saya seorang muslim,kita perlulah tambahkan ia dengan sentiasa doa serta mengingati kepada yang Maha Esa supaya di murahkan rezeki ketika kita menjalankan sesuatu perniagaan.

Impian yang saya ada itu membuatkan saya ingin berusaha untuk mencapai apa yang di impikan itu dengan menjadikan itu adalah cita-cita saya.Saya bermula sifar kerana ibu bapa saya bukanlah berada di dalam golongan pertanian tetapi dengan penuh minat membuatkan langkah kanan di dahulukan dengan mengenali dunia penternakan kambing dengan membeli dan membaca buku-buku mengenai kambing di internet serta hanya mengenali penternak melalui laman-laman blog sahaja membuatkan saya teruja sehinggakan dapat saya melihat sendiri bagaimanakah sistem penternakan kambing moden di jalankan ketika saya pergi berkunjung sendiri di ladang kambing di Selangor serta MAHA di Serdang.

Dengan sedikit gaji yang saya perolehi ketika bekerja membuatkan satu lagi langkah ke hadapan dengan menyertai kursus penternakan kambing yang di anjurkan oleh Agro Bank berseorangan tanpa di teman rakan-rakan seusia saya.Banyak input diperolehi ketika berkursus kerana diadakan sesi praktikal tetapi merasakan diri saya ini amat kecil sekali disebabkan para peserta kursus kebanyakkannya adalah terdiri daripada usahawan dari pelbagai bidang dan latar belakang yang hebat.Saya ketika itu hanya kelihatan seperti budak hingusan yang tidak tahu apa-apa tetapi sebenarnya saya mengetahui sedikit sebanyak sahaja mengenai industri kambing daripada hasil pembacaan saya.

Walau apa pun orang kata,pada usia lingkuan 20 an yang di rasakan sangat muda untuk menceburi bidang yang mencabar tetapi dengan azam dan tekad saya dengan berani ingin menceburinya juga tetapi dengan takdir tuhan yang maha esa memberi saya pilihan kepada saya samada meneruskan impian saya iaitu menjadi usahawan tani moden atau menyambung pengajian saya.Di saat itulah saya keliru memilih samada impian atau pelajaran.

Berkat doa keluarga,rakan-rakan dan semua orang untuk saya,akhirnya mengambil keputusan menyambung pelajaran saya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di universiti Malaysia Sabah selama empat tahun dan kini saya terpaksa menangguhkan dahulu impian saya itu dan bermula semula selepas tamat pengajian.Seperti kata orang lama hendaklah bersikap sabar sebab ‘tidak lari gunung di kejar’.

Kini para penternak moden bukanlah seperti penternak dahulu,penternak moden kini mempunyai pelbagai kelulusan akademik yang amat baik sekali.Pelajaran amatlah penting untuk menguruskan sesuatu bidang di samping pengalaman yang membuatkan kita matang dalam mengharungi ranjau dalam sesuatu bidang.Jika para pembaca sekalian membaca nurkilan yang di tulis di dalam blog penternakan lain bolehlah di lihat profile penulis blog penternakan yang berlatarkan kelulusan akademik yang bagus.

Mungkin selepas tamat pengajian saya akan mempunyai dua kerjaya iaitu mendidik anak bangsa di samping memajukan lagi industri ternakan kambing negara bersama penternak-pentenak lain.Walaupun kini saya bergelar pelajar kembali,saya akan tetap memberikan input-input mengenai penternakan kambing di laman blog saya di atas pengalaman yang saya lalui sepanjang pembelajaran atau kunjungan saya di tempat orang yang menceburi bidang penternakan kambing.

Sekian.


Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari...

Baja Kompos

Baja Kompos Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien. Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar ...

Proses Membuat Silaj Napier & Jagung

PENGENALAN Silaj (rumput peram) ialah bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan ditempat yang kedap udara. Tanaman yang biasanya dibuat silaj ialah jagung, sekoi dan rumput-rumput seperti rumput gajah, rumpyt kuda, rumput pangola dan rumput para. Diantara bahan sampingan pertanian yang mungkin boleh dibuat silaj ialah seperti kulit koko, buangan kilang nenas, kulit kopi, pelepah kelapa sawit, jerami padi dan sisa tanaman jagong. Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan. Prinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksijan dan mengelakkan dari pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan-bahan yang hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini menyebabkan bahan-bahan...