Skip to main content

Kolam Takungan Memberi Kesejahteraan Dalam Kehidupan


Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Dalam post kali ini saya ingin membicarakan tentang kolam takungan. Sememangnya sesuatu penternakan dapat menjana keuntungan berlipat kali ganda apabila sesorang penternak itu bijak menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada bagi memastikan keuntungan dan kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan dan juga tumbuhan.

Setiap ladang ternakan mestilah mengelurakan bahan kumbahan seperti air kencing haiwan sama ada lembu atau kambing. Dengan dengan menggunakkan bahan tersebut, para penternakan juga dapat menjana pendapatan seperti pengeluaran tenaga bio mas. Kaedah pengeluaran tenaga tersebut telah saya postkan pada artikel yang lepas. Apabila mencerita tentang kolam takungan bukanlah dengan mengorek lubang sahaja tetapi para penternak hendaklah juga mengetahui jenis-jenis kolam takungan supaya dapat menghasilkan bahan-bahan tersebut supaya tidak mencemarkan alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan kita.

Kolam Takungan juga dikenali sebagai lagun yang bertindak sebagai agen atau penapis sebelum di alirkan ke saluran air bersih. Kaedah ini bagi mengurangkan pencemaran air buangan ialah dengan menggunakan sistem lagun. Pengurangan bahan pencemar berlaku melalui dua proses, iaitu pengenapanpepejal dan penstabilan bahan organik.

Beberapa jenis lagun berbentuk bergantung kepda ejnis-jenis penjelmaan biologi. Terdapat 4 jenis sistem lagun yang mesti diketahui oleh para penternak untuk menghasilkan kesejahteraan bagi ladang mereka daripada terus mengotori ladang mereka.

Lagun Aerobik

Di dalam lagun aerobik, bakteria dan alga bersama-sama menstabilkan bahan organik secara simbiosis. Oleh keranan cahaya matahari sangat mustahak dalam pengeluran oksigen dan alga,kekeruhan air dan kedalaman lagun merupakan dua faktor penting dalam operasi lagun aerobik.Oleh itu, kedalaman lagun aerobik biasanya tidak melebihi 1.5m. Kedalaman air tempat alga tumbuh adalah terhad pada jarak 50 cm dari permukaan air.

Lagun Yang Diudarakan

Apabila kandungan lagun diudarakan, pemindahan oksigen ke dalam air akan bertambah dan kedalaman lagun boleh ditambah sehingga 4m. Pengudaraan boleh dilakukan dengan mengepam air ke udara atau pun mengepam udara ke dalam air. Kebanyakan alat pengudaraan yang terapung mengepam air ke udara. Sebahagian besar daripada bahan pepejal menenap ke bawah lagun tempat berlakunya penuraian anaerobik. Pengudaraan boleh mengurangkan bau busuk yang biasanya di wujudkan dari lagun anserobik. Walau bagaimanapun, kos alat pengudaraan serta kos penyelenggaraan adalah tinggi

Lagun Fakultatif

Lagun fakultatif mengandungi dua zon, iaitu zon aerobik di bahagian atas dan zon anaerobik dibahagian bawah. Di lapisan aerobik, alga yang berfotosintesis menghasilkan oksigen. Bakteria aerobik menggunakan oksigen untuk menstabilkan bahan organik. Lebih banyak lagi karbon akan dihapuskan di zon anaerobik melalui fermentasi dan penghasilan metana. Kedalaman lagun fakultatif adalah antara 1.2 hingga 2.5 m.

Lagun Anaerobik

Lagun anaerobik menerima air buangan yang banyak mengandungibahan organik sehingga zon aerobik tidak terwujud. Penguraian bahan organik berlaku melalui pencernaan anaerobik dimana bakteria menurunkan asid meruap kepada karbon dioksida dan gas metana.Umumnya, lagun anaerobik digunakan untuk bahan organik dan bukan untuk membersihkan air. Lagun anaerobik boleh dikorek agak dalam tetapi sebaik-baiknya tidak menebusi aras air tanah.

Sekian.

Diolah dari Manual Penternakan Lembut Fidlot JPV








Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I

Kambing Boer Pengganti Tongkat Ali?

Lelaki yang mengharapkan Tongkat Ali bagi memberikan `tenaga tambahan' kini boleh mencuba daging kambing Boer yang diternak di beberapa tempat di negara ini bagi mendapatkan tenaga yang sama. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata keupayaan kambing jantan Boer mengawan dengan kira-kira 50 ekor kambing betina pada musim mengawan (kira-kira dua bulan) seharusnya menyebabkan dagingnya mampu menawarkan `khasiat' kepada mereka yang memakannya. Tambahan pula katanya, akar Tongkat Ali semakin pupus berikutan permintaan yang meningkat, sedangkan kambing Boer boleh membiak. "Saya tak faham kenapa ada di antara kita yang kata tak boleh makan kambing kerana takut pening kepala. Tapi, bila berada di Makkah, kita boleh hentam (makan) kambing setiap sehari selama sebulan." - Datuk Azhar Ibrahim "Ada juga orang kita yang sanggup beli biawak pasir (dhab) dari negara Arab, semata-mata bagi menambahkan tenaga. Saya fikir