Skip to main content

Semangat Berjuang Masih Wujud


Assalamualaikum, terima kasih kepada sesiapa terutamanya penternak kambing yang sudi mengunjugi dan membaca hasil penulisan blog ini. Post hari ini adalah kesinambungan dari post Kambing vs Study. Hampir 3 tahun saya tidak update kerana sibuk dengan pelajaran. Kini saya sudah di semester akhir, semester penutup dan hanya praktikal sahaja dan akan bergraduat insyallah pada bulan november. Kini saya sedang praktikal di SMK Benoni, Papar Sabah. Impian sebelum menjejakkan kaki di universiti adalah membuka sebuah ladang kambing masih wujud lagi walaupun dikenali sebagai graduan selepas ini. Sebagai seorang graduan, saya tidak kisah bermula dengan pekerjaan yang kotor kerana di situlah kita boleh melihat Key Performance Indicator (KPI) untuk diri sendiri.

Kini, saya giat kembali membuat pembacaan tentang kambing walaupun sedikit pengetahuan tentang kambing sudah ada. Banyak blog-blog baru dari penternak berpengalaman berkongsi idea tentang dunia kambing yang mereka alami. Terima kasih kepada penternak-penternak sekalian yangg sudi berkongsi. Insyallah, untuk diri saya, dunia penternakan kambing ini saya akan mula ceburi secara serius pada tahun ini, moga rakan-rakan ternak akan turut membantu dan menyokong saya. Blog ini akan sentiasa di update dari semasa ke semasa selepas ini. Insyallah.


Comments

Feral KK said…
Assalamualaikum..

slmt mntrnak kmbali tuan..lme jgk xupdate blog ni..:-)

aah la tuan .. lama xupdate blog ni .. skrg br nk buat gerakkan semula .. harap tuan-tuan dapat membantu dan menyokong saya .. semoga jgk kita akan bertemu jgk suatu hari nnt .. :)

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari...

Baja Kompos

Baja Kompos Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien. Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar ...

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I...