Skip to main content

Jurutera Kambing



Keputusan meninggalkan kerjaya sebagai jurutera kimia di syarikat swasta di Jepun, dua tahun lalu bagi membabitkan diri dalam penternakan kambing tidak pernah disesali Noor Akma Walid, 33. Berbekalkan modal wang simpanan berjumlah RM3,000, Noor Akma sanggup berdepan sebarang kemungkinan termasuk kehilangan pendapatan melebihi RM4,000 dengan mencuba bidang baru biarpun sudah berpengalaman sebagai jurutera kimia selama lapan tahun.

Noor Akma yang juga pengasas syarikat Akma Tani berkata, semua itu dilakukannya demi mengejar cabaran untuk menceburi bidang keusahawanan tani. “Pada awalnya, saya tidak menerima sokongan daripada keluarga atau kenalan dan saya sedar mereka bimbang dengan masa depan saya. “Bagaimanapun, saya berjanji pada isteri, Nor Suriana Samuri, 26, yang ketika itu mengandung anak pertama dan memintanya memberi saya masa setahun dan sekiranya tidak mendapat hasil, saya akan mencari pekerjaan sesuai,” katanya.

Dia yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, dia yakin doa ahli keluarga dan berkat usaha yang gigih, membolehkannya mengecapi kejayaan hingga mampu menjangkau pendapatan lima angka sebulan. “Saya memulakan perusahaan ini secara sambilan penghujung 2011 dan beroperasi sepenuhnya sejak 1 April 2014. Minat dipupuk sejak di bangku sekolah rendah dan ditambah terhadap kesedaran fardu kifayah dalam membantu umat Islam melakukan ibadat seperti akikah dan korban dengan membekalkan ternakan,” katanya.

Dia pernah menebalkan muka dengan berjalan dari rumah ke rumah untuk mengedarkan risalah selain mempromosikan perusahaannya dalam kalangan ibu mengandung di klinik bagi memudahkan mereka mendapatkan bekalan untuk akikah, selain sebagai strategi memasarkan kambingnya.

“Bagi membina semangat, saya juga rajin berkunjung dan mendapatkan tip daripada penternak lain bagi mendalami ilmu ternakan kambing dan bersyukur diberi kepercayaan oleh syarikat kenalan, Wawasan Anak Bumi Sdn Bhd yang menyuntik pelaburan RM100,000 dalam perusahaan saya ini. “Ia membolehkan saya memindahkan operasi yang dilakukan secara sambilan di ladang di Kota Tinggi ke ladang berkeluasan 3.2 hektar yang disewa di Kampung Melayu Seelong Senai dan membolehkan saya membabitkan diri secara sepenuh masa,” katanya yang kini dibantu seorang pekerja sepenuh masa serta beberapa pekerja sambilan.

Dia berkata, pada sesuatu masa, dia menternak 100 kambing dan kebiasaannya, seekor kambing ternakannya dijual antara RM700 hingga RM1,000 seekor, selain syarikatnya juga mengimport 2,000 kambing setiap bulan dari Australia untuk dibekalkan secara terus kepada pengusaha ternakan di seluruh Semenanjung.

“Bagi golongan belia yang ingin menceburi perusahaan ini boleh mengunjungi halaman Akma Tani di Facebook (FB) atau menghubungi talian 013-7992503,” katanya.


[Sumber Berita : Harian Metro ]


Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari...

Baja Kompos

Baja Kompos Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien. Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar ...

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I...