Skip to main content

Kembali Mengorak Langkah



Hampir 3 tahun saya tidak update blog ni disebabkan pelbagai kekangan dan halangan peribadi. Kini saya akan mula aktif berkongsi dengan semua pembaca setia. Walaupun kini pelbagai aplikasi yang mudah untuk kita berkongsi seperti Group Facebook, Telegram, Whats App dan lain-lain lagi tetapi berkumngkinan semuanya hilang dalam sekelip mata sangat mudah. Apabila kita menggunakan blog sebagai medium pengkongsian atau pemasaran ia memudahkan pembaca atau pelanggan kita mengenali dan mencari kita semula.

Sebagai contoh, blog yang saya wujudkan ini bermula sejak 2008 lagi semasa saya masih di sekolah menengah tetapi ia masih boleh digunakan sehingga sekarang dan post yang lama masih boleh dibaca oleh semua orang. Kebanyakkan blog berkenaan ternakan kambing sangat popular sewaktu pentadbiran Tun Abdullah menyebabkan kita sering melihat para blogger sudah tidak mengupdate blog mereka atau mereka sudah tidak lagi mengusahakan ternakan.

Mungkin para penternak atau pengusaha lebih selesa mengupdate status ternakan atau berkenaan ladang mereka di Facebook. Sebenarnya lebih bagus menulis di blog dan menghubungkan atau (hyperlink) dengan Facebook atau Page di Facebook. Dengan membuat intergrasi pengkongsian dengan pembaca atau pelanggan, ia akan banyak memberi manfaat kepada kita sendiri.

Justeru itu, saya juga turut mengupdate segala maklumat di PAGE FACEBOOK yang dikenali SAIFUL AGROFARM . Dengan itu kita lebih mudah berkomunikasi dan juga bertukar pandangan mengenai dunia penternakan.

Nantikan update yang terbaru pada masa akan datang. Sekian

Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari...

Baja Kompos

Baja Kompos Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien. Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar ...

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I...