Assalamualaikum, posting kali ini adalah berkaitan pengalaman turun padang sebagai penternak kambing. Setelah mendapat kebenaran daripada En. Mala iaitu pemilik WB Farm, saya dibenarkan menjalankan aktiviti praktikal dengan mengikuti segala kerja mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pengurusan ladang.
Saya hanya datang ke WB Farm setiap hujung minggu iaitu sabtu dan ahad kerana hari biasa adalah hari melaksnakan tugas hakiki sebagai seorang guru. Sesi sebagai penternak bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 - 7 petang.
Pada hari pertama, yang mana sebelum memulakan kerja-kerja ladang, En Mala mengadakan sesi cuci otak atau mengubah persepsi berkenaan dunia ternakan dengan menceritakan serba sedikit pengalaman beliau selama 14 tahun dalam dunia penternakan.
Beliau membandingkan dunia penternakan (perniagaan tani) dengan kerja makan gaji. Menurut beliau sebelum seseorang memulakan bidang ini wajib mengubah tanggapan dunia penternakan adalah bidang terakhir yang kita perlu ceburi.
Setelah itu, siri menuntut ilmu bermula bersama En. Mala mahupun dengan Fahri dan Syawal (pekerja WB Farm). Sistem penternakan yang digunakan di WB Farm adalah sistem terkurung semuanya (full insentive). Oleh itu, pekerja ladang perlu memberi makanan sepenuhnya kepada ternakan. Jadual yang digunakan di ladang ini adalah diberi makan 4 kali sehari. Tetapi sebelum diberi makan, palung makanan dan kadang dibersihkan dahulu untuk mengelakkan penyakit kepada ternakan.
Makanan diberi setiap hari bermula jam 8 pagi iaitu dengan ramuan makanan (mulung + pallet besar + air + hampas kelapa + susu + soya + tepung beras + PKC + dedak padi) adalah untuk menambah pembesaran serta kekuatan tulang ternakan. Kuantiti makanan adalah berdasarkan jumlah ternakan yang ada. Pada 10 pagi pula, ternakan diberi ramuan makanan (soya + jagung + pallet kecil).

Ramuan makanan yang telah disiapkan
Setelah itu, sesi turun ke kawasan sekitar ladang yang mana aktivitinya adalah menanm anak pokok Indigorafera yang mana pokok ini sangat disesuai dijadikan makanan kambing. Selepas itu, diadakan sesi servis peralatan ladang terutama mesin Chopper dan beberapa peralatan lain supaya segala peralatan dalam keadaan baik apabila hendak digunakan kelak. Aktiviti ini dilakukan sekitar 2 kali dalam 1 bulan.
Pada sebelah petang pula, saya bersama Fahri dan Syawal pergi ke kawasan pinggir hutan untuk mencari dedaun hijau seperti rumput liar dan Indigorafera yang tumbuh dikawasan hutan untuk diberi makanan kepada kambing pada keesokan harinya. Dedaun ini sangat penting kerana, di WB Fram terdapat kambing-kambing yang diimport dari Indonesia yang tidak makan pallet pada awal kemasukan ke kandang.
Menurut Fahri, ternik ternakan kambing di Indonesia yang mana ternakan tidak pernah diberi makan pallet dan hanya diberi makan dedaun hijau sahaja. Justeru itu, pihak ladang terpaksa mencari makanan seperti rumput atau dedaun untuk kambing-kambing tersebut apabila ternakan tersebut berada di kandang.

Aktiviti mencari dedaun hijau di pinggir hutan
Sekitar jam 4 petang, ramuan makanan untuk sebelah pagi telah disediakan. Ianya disediakan awal supaya memudahkan pengurusan pada keesokkan harinya. Setelah itu, aktiviti seterusnya adalah mengisar rumput sedia ada menggunakan mesin chopper untuk diberi makan kepada ternakan kerana jadual pemakanan di ladang tersebut untuk kali ketiga adalah diebri makanan rumput atau dedaun hijau yang segar pada jam 5.
Makanan kali terakhir adalah diberi pada jam 7 iaitu diberi ramuan makanan (soya + jagung + pallet kecil) sama seperti makanan pada waktu jam 10 pagi. Susu kambing juga diserah pada waktu petang sekitar 5 petang - 8 malam.

Saya sedang memberi makan rumput atau dedaun hijau segar kepada ternakan
Comments