Skip to main content

Siri Terjah : WB Farm, Sarawak


Assalamualaikum, kali ini siri terjah atau lawatan kandang diadakan di Kampung Sungai Tengah, Petrajaya, Kuching, Sarawak. Jauh betul saya terjah. Walaupun saya berasal dari negeri Perak tetapi kerja hakiki membuatkan saya berada di Bandaraya Kuching. Ok, untuk pergi ke WB Farm tidak begitu jauh kerana ia kira-kira 30 minit daripada bandaraya Kuching atau 1 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

Jika sesiapa yang pergi melawat perkambungan Budaya Sarawak di Santubong pastinya kan melintasi ladang ini. Saya telah pergi ke WB Farm pada 8 Mei 2016 kira-kira jam 5 petang dan disambut mesra oleh En. Mala iaitu boss besar WB Farm.

Tujuan saya ke ladang ini adalah untuk berkenalan dengan rakan ternak yang sudah 14 tahun menceburi bidang ternakan di samping bertanya beberapa soalan kepada En. Mala berkenaan ternakan kambing beliau. WB Farm kekuatannya bukan sahaja dari hasil jualan ternakan hidup tetapi daripada bahan buangan atau sampingan daripada ladang seperti baja, susu, perkhidmatan sembelihan dan masakan, benih, tanaman tebu dan lain-lain.

Selain itu, WB Farm turut membuat perkhidmatan trading kambing di samping menternak sendiri ternakan yang sedia ada. Antara pembekal yang beliau perolehi adalah di sekitar kuching sendiri di kawasan Batu Kawa ataupun diimport daripada Indonesia. WB Farm juga menternak beberapa ekor lembu dan juga dijual untuk mendapatkan hasil.

Terdapat dua orang pekerja di WB Farm yang bekerja sepenuh masa dengan kerja-kerja di ladang yang mana mereka sangat mahir dengan rutin di ladang. Bekerja dengan kurang pengawasan. Beberapa soalan juga saya sempat bertanya kepada mereka berkanaan pengurusan ternakan. Di akhir permbincangan saya bersama En. Mala, beliau membenarkan dan sudi mengajar saya berkenaan dunia penternakan.

Bagi sesiapa yang berada di kuching berminat untuk mendapatkan daging kambing, lembu, baja, susu kambing serta melawat WB Farm, bolehlah menghubungi En. Mala (012-8535382). Selepas ini saya akan update berkenaan aktiviti saya di WB Farm. Berikut gambar-gmbar yang saya perolehi ketika mengunjungi WB Farm.

Rumput Napier ditanam di sekitar kandang sebagai makanan ternakan

Ternakan lembu sebagai ternakan sampingan pendapatan

Rumah sembelihan sementara untuk kambing dan lembu

Keadaan dari luar kandang kambing yang berusia lebih daripada 10 tahun

Pendapatan sampingan baja daripada tinja kambing dan lembu



Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari...

Baja Kompos

Baja Kompos Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien. Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar ...

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I...