
Ketika Membelek-belek akhbar Utusan Malaysia pada 2 minggu yang lalu,saya terpandang mengenai Kursus Penternakan Kambing dianjurkan oleh pihak Agro Bank dengan kerjasama Utusan Malaysia,May Counsult serta Syamille Agro Farm yang membuatkan saya amat berminat untuk menyertainya.Pada 20 April yang lalu,saya telah menfaxkan borang penyertaan kursus Penternakan Kambing tersebut pada pihak penganjur dan diberitahu bahawa pihak penganjur akan memilih 30 orang peserta sahaja dalam program tersebut.Sudah sekian lama menunggu saya masih tidak mendapat maklum balas daripada pihak pengajur.Tetapi dengan kuasa tuhan yang maha berkuasa pada pagi 24 April,pihak pengajur telah menelefon saya bahawa saya masih berpeluang menyertai kursus tersebut.
Selepas itu,sessi tamat kursus diakhiri dengan penyampaian sijil kursus kepada peserta-peserta oleh En Abd Hamid iaitu Ketua Operasi Agro Bank Development Institute (ABADI). Secara keseluruhannya, saya amat berpuashati dengan segala ilmu yang di perolehi di Syamille Agro Farm yang mana pembelajaran kelas dan amali adalah seimbang. Cuma sessi untuk melihat gigi kambing dan cara melihat skor untuk kambing secara praktikal tidak dapat disaksikan kerana pada kali ini.Walaubagaimanapun saya amat berterima kasih kepada pihak Syamille Agro Farm & Resort, En Hiruddin yang bersedia pada bila-bila masa memberikan tunjuk ajar yang amat baik. Tentang bab makan, ada peserta yang beri markah 11/10 kerana memang sedap pun masakan yang disediakan.
Sepanjang menghadiri kursus ini, ramai kenalan yang saya dapat juga berkongsi ilmu dengan mereka. Memang...pada hari pertama agak segan-segan, tetapi bila masuk hari kedua, suasana bertukar menjadi lebih ceria bila mana semua peserta mula mengenali antara satu sama lain.
Saya harap sepanjang perkenalan di Syamille Agro Farm & Resort, akan tersemat satu ikatan networking sesama peserta untuk melebarkan lagi sempadan yang sedia ada.
Kepada rakan-rakan yang sama-sama mengikuti kursus ini, saya ucapkan semoga penjalanan untuk menjadi seorang penternak dan usahawan yang berjaya akan tercapai. Walaupun agak perit untuk menerima hakikat yang dimaksudkan oleh En Mohari Moharal di akhir sessi, saya bertekad untuk menyahut cabarannya itu.Saya akan menjadi seorang penternak...saya akan menjadi seorang penternak...saya akan menjadi seorang usahawan ternak yang berjaya di suatu hari nanti.Semoga berjumpa lagi pada kursus yang lain nanti.
Wassalam.
Lensa kamera saya sempat juga merakamkan beberapa panorama di Syamille Agro Farm & Resort.Saksikanlah.....
Comments