Ketika Membelek-belek akhbar Utusan Malaysia pada 2 minggu yang lalu,saya terpandang mengenai Kursus Penternakan Kambing dianjurkan oleh pihak Agro Bank dengan kerjasama Utusan Malaysia,May Counsult serta Syamille Agro Farm yang membuatkan saya amat berminat untuk menyertainya.Pada 20 April yang lalu,saya telah menfaxkan borang penyertaan kursus Penternakan Kambing tersebut pada pihak penganjur dan diberitahu bahawa pihak penganjur akan memilih 30 orang peserta sahaja dalam program tersebut.Sudah sekian lama menunggu saya masih tidak mendapat maklum balas daripada pihak pengajur.Tetapi dengan kuasa tuhan yang maha berkuasa pada pagi 24 April,pihak pengajur telah menelefon saya bahawa saya masih berpeluang menyertai kursus tersebut. Pada petang 24 April saya telah mendaftarkan diri di Syamille Agro Farm & Resort,Kampung Chuar Hulu,Kati,Kuala Kangsar,Perak sebagai salah seorang peserta kursus.Perjalanan kursus ini bermula pada 24 April sehingga 27 April 2009.Saya bermula dengan slot pada waktu petang kerana slot di waktu pagi telah saya tertinggal kerana datang agak lewat.Walaupun bagaimanapun,slot pagi hanyalah program suai kenal antara peserta.Dalam erti kata sebenar kursus ini bermula pada sebelah petang sehingga malam dengan pelbagai info dan ilmu yang berguna untuk industri penternakan seperti Asas Pengurusan Ternakan Kambing,Pengenalan Baka-baka dan Pengurusan Pembiakan dan Pengurusan Makanan yang di sampaikan oleh orang kuat MARDI iaitu Dr. Mohamad Mustapa. Pada pada pagi hari kedua kursus saya bersuai kenal dengan para peserta lain.Ketika bersuai kenal saya mendapati ada peserta yang datang dari Perlis,Kelantan,Selangor, Johor,Melaka dan Pahang.Walaupun kesemua peserta dikehendaki tinggal di resort yang disediakan, tetapi ada juga peserta yang tidak bermalam di resort atas beberapa sebab tersendiri.Saya berasa agak kekok berada di sana kerana saya merupakan peserta paling muda di antara yang lain menyebabkan sewaktu kursus saya lebih banyak mendiamkan diri.Tidak bermakna saya tidak tahu apa yang telah disampaikan oleh penceramah walaupun saya tidak mempunyai pengalaman menternak kerana saya banyak membaca bahan-bahan ilmiah mengenai ilmu penternakan. Pada hari pagi hari kedua juga,para peserta telah diberi taklimat secara teori mengenai Cara-cara Pemprosesan Makanan dan Sisa Buangan Ternakan oleh En. Aris yang berasal dari Solo,Indonesia merangkap sebagai Pengurus Ternakan di Ladang Syamille serta taklimat dari En. Abd Shukor dari Agro Bank berkaitan Produk-produk dan pinjaman Perniagaan Agro Bank.Di sebelah petangnya pula kami di beri pendedahan secara praktikal cara-cara pemprosesan makanan ternakan seperti silaj,pallet dan jerami.Pada sebelah malamnya pula,para peserta hanya berdiskusi bersama En. Hiruddin iaitu Ketua Pegawai Operasi Syamille Agro Farm mengenai "Penternakan Satu Perniagaan". Pada pagi hari ketiga pula penerangan tentang kesihatan dan penyakit-penyakit kambing oleh Dr Azam dan Dr Zul dari Glovet Sdn. Bhd. Disamping itu juga latihan praktikal di kandang juga dilakukan selepas minum pagi.Kemudian peserta diajar cara-cara mengubati penyakit kambing termasuk memberi suntikan, memotong ekor biri-biri dan sebagainya.Pelbagai ragam peserta kursus yang dapat saya lihat ketika membuat latihan amali tersebut.Tetapi kepada saya yang belum pernah melihat atau mengetahui cara penjagaan kesihatan ternakan dilakukan,inilah pengalaman paling berharga buat saya. Pada sebelah petangnya pula,sekali lagi En. Aris pemberi penerangan kepada para peserta mengenai Cara-cara pembuatan Baja Kompos secara paktikal.Ini membolehkan para peserta mengetahui secara lebih mendalam mengenai cara pembuatan baja kompos dimana keseluruhan peserta beranggapan amat mudah proses yang dilakukan.Di sebelah malam pula, kesemua peserta disajikan dengan barbecue daging kambing dan turut disertai oleh pemilik Syamille Agro Farm iaitu Tn. Haji Zainuri Mohd. Idrus serta En Abd Hamid iaitu Ketua Operasi Agro Bank Development Institute (ABADI) yang turut memberi sesi motivasi kepada para peserta kursus selepas tamat program babecue.Dengan kata-kata perangsang oleh En. Abd Hamid kepada para peserta,membuatkan para peserta lebih yakin dengan projek yang diimpikan selepas tamat kursus. Pada pagi hari terakhir pula En. Zainal iaitu beliau adalah wakil dari May Counsult telah memberi sedikit tunjuk ajar kepada para peserta mengenai Rancangan Perniagaan dan Aliran Tunai Kewangan.Pada sebelah petangnya pula,wakil dari FAMA iaitu En. Mohari Moharal membincangkan topik Pemasaran. Selepas itu,sessi tamat kursus diakhiri dengan penyampaian sijil kursus kepada peserta-peserta oleh En Abd Hamid iaitu Ketua Operasi Agro Bank Development Institute (ABADI). Secara keseluruhannya, saya amat berpuashati dengan segala ilmu yang di perolehi di Syamille Agro Farm yang mana pembelajaran kelas dan amali adalah seimbang. Cuma sessi untuk melihat gigi kambing dan cara melihat skor untuk kambing secara praktikal tidak dapat disaksikan kerana pada kali ini.Walaubagaimanapun saya amat berterima kasih kepada pihak Syamille Agro Farm & Resort, En Hiruddin yang bersedia pada bila-bila masa memberikan tunjuk ajar yang amat baik. Tentang bab makan, ada peserta yang beri markah 11/10 kerana memang sedap pun masakan yang disediakan. Sepanjang menghadiri kursus ini, ramai kenalan yang saya dapat juga berkongsi ilmu dengan mereka. Memang...pada hari pertama agak segan-segan, tetapi bila masuk hari kedua, suasana bertukar menjadi lebih ceria bila mana semua peserta mula mengenali antara satu sama lain. Saya harap sepanjang perkenalan di Syamille Agro Farm & Resort, akan tersemat satu ikatan networking sesama peserta untuk melebarkan lagi sempadan yang sedia ada. Kepada rakan-rakan yang sama-sama mengikuti kursus ini, saya ucapkan semoga penjalanan untuk menjadi seorang penternak dan usahawan yang berjaya akan tercapai. Walaupun agak perit untuk menerima hakikat yang dimaksudkan oleh En Mohari Moharal di akhir sessi, saya bertekad untuk menyahut cabarannya itu.Saya akan menjadi seorang penternak...saya akan menjadi seorang penternak...saya akan menjadi seorang usahawan ternak yang berjaya di suatu hari nanti.Semoga berjumpa lagi pada kursus yang lain nanti. Wassalam. Lensa kamera saya sempat juga merakamkan beberapa panorama di Syamille Agro Farm & Resort.Saksikanlah.....

Comments