Skip to main content

Langkah Berkesan Sebelum Memulakan Ternakan Kambing


Assalamualaikum semua, hari ini saya kongsikan beberapa langkah tip daripada rakan ternak kita saudara Akma Walid sebelum anda berhenti kerja dan menjalankan penternakan kambing sepenuh masa. Tip ini sangat sesuai untuk anak mula terutamanya graduan lepasan universiti yang berminat dalam bidang penternakan kambing.

BAGAIMANA HENDAK BERMULA

Sebelum kita terus ke dunia penternakan, pastikan kita mengenal pasti dahulu jenis perniagaan ternakan yang ingin kita lakukan samada menternak atau trading dan juga jenis ternakan samada kambing pedaging atau susu. Bagi saudara Akma, lebih baik menjalankan kedua-dua jenis aktiviti iaitu menternak dan juga trading.

Setelah itu, kita perlu mencari pelbagai jenis ilmu berkenaan produk atau aktiviti yang kita jalankan seperti pembekal, pemborong, harga pasaran, jenis kambing, berat kambing dan lain-lain. Ini bertujuan apabila kita mengenali sesuatu produk akan memudahkan kita menjualnya.

BAGAIMANA HENDAK DAPATKAN ILMU

Kita boleh melawat seberapa banyak ladang ternakan kambing samada ladang besar atau kecil dan di situlah kita belajar dengan cara bertanya berdasarkan pengalaman penternak sedia ada.

Selain itu, kita boleh dapatkan maklumat daripada internet dan juga kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Veterinar Malaysia (JPV) atau agensi swasta seperti Akademi MJ Fatonah dan juga sertai group penternakan di Facebook seperti Group Transformasi Ruminan untuk mendapatkan pelbagai mengenai dunia penternakan kambing.

Saya sendiri bermula kerja dengan Pak Ali di Pontian membela 70 ekor kambing boer cross secara semi intensif (dalam kandang dan lepas). Saya bekerja secara sambilan tanpa gaji. Kemudian saya juga ada sertai kursus di MJ Fatonah dan kursus-kursus anjuran GTR.

Pantang jumpa kandang, saya mesti nak singgah, sebab ilmu wak pekerja ladang tu jauh lebih hebat dari Dr Vet. Percayalah Rasai sendiri pengalaman menjaga ternakan dari mula ia lahir, penat lelah, letih keringat, jerihnya sebelum anda mula nak melabur dlm bidang ini. Sebab bagi yang ada modal dan tanah kadang-kadang nak terus bina kandang. JANGAN! sebab bila anda dah keluar modal bina kandang dan sebagainya, kemudian anda berhenti di tengah jalan. Anda akan kerugian. - Akma

BAGAIMANA HENDAK DAPATKAN BANTUAN/MODAL

Bantuan sebenarnya banyak boleh kita perolehi jika sesuatu projek telah mula menunjukkan hasil. Tetapi dalam bidang ternakan ini, modal paling utama adalah ILMU. Sama ada ilmu menternak, pengurusan dan pemasaran. Seandainya kita baru bermula, biarlah dengan modal sendiri yang kecil dan rasai dahulu pengalaman.

Kemudian barulah kita mencari rakan kongsi mengembangkan perniaagaan dan juga geran kerajaan mahupun pinjaman dari bank atau agensi kerajaan yang terbabit dalam bidang ini. Pelabur atau bank akan berminat dengan projek kita apabila melihat aliran kewangan bank yang bagus apabila sesuatu projek tersebut lancar.

Saya mula dengan kerja dengan orang lain, kemudian saya menjual kambing orang lain, kemudian saya build up nama dan pasaran. Seterusnya saya sewa satu petak sahaja dalam kandang orang lain. Selepas itu sewa pula sekandang.lSelepas 3 tahun dan dah ada pasaran baru saya bina kandang saya sendiri. Bidang ni anda tidak boleh harapkan pekerja atau orang lain 100%. Anda perlu pantau sepenuhnya diwaktu permulaan..anda perlu belajar sendiri jaga ternakan, sehingga ke sembelih, lapah dan potong ternakan. Saya bekerja swasta 8 pagi - 6 petang, saya di kandang 6.30 petang - 12 malam. Sebelum saya berhenti kerja 1 April 2014. Jangan bagi alasan! - Akma

BAGAIMANA HENDAK DAPATKAN KAMBING

Kita boleh dapatan kambing daripada ternakan import mahupun tempatan. Harga membeli secara borong berbeza dengan runcit

Saya galakkan anda mula dengan ternak dan trading. Bela sekurang-kurangnya seekor baka, 5 ekor betina dan trade 5 ekor kambing cukup umur untuk jualan terus kerana dengan jualan ternakan secara trading ni la untuk memastikan ada kemasukan duit bagi rolling cost ternak ternakan yang lain. Selain itu bagi pastikan anda tak putus bekalan ternakan jualan jika ditanya pelanggan - Akma

BAGAIMANA HENDAK PASARKAN

Bagi memasarkan kambing, kita perlu memastikan sagmen pasaran yang dikendaki seperti Facebook Page, Blog, Instagram, Website, Mudah.my, Flyers, Banting, Banner dan lain yang mana wujud pelbagai teknik pemasaran samada berbayar atau pun percuma

Kenal pasti target pasaran, kalau aqiqah, siapa yang buat aqiqah? dimana golongan ini selalu ada? buat flyer edarkan. iklan di blog, fb, insta dan dimana sahaja jumpa orang bawa baby, beri flyer atau kad anda. Edar juga flyer di masjid, surau dan kejiranan anda. JANGAN MALU! - Akma

BAGAIMANA HENDAK PASTIKAN BAKA YANG BAGUS

Baka yang bagus adalah baka yang orang mampu membelinya. Bila kita rajin melawat ke kandang sekitar tempat kita, secara automatik kita tahu kehendak pelanggan kita. Ini dengan kata lain kita telah membuat market survey.

BAGAIMANA HENDAK MENJAGA TERNAKAN

Seharusnya, kita perlu melawat banyak ladang ternakan di mana disitulah proses belaja untuk memudahkan kita. Dengan cara itu kita akan dapat mengetahui pelbagai teknik penjagaan kambing dan juga kos-kos pemakanan dan lain-lain.

[ Sumber : di sunting daripada pengalaman sebenar Akma Walid ]

Comments

Leen737 said…
Terima kasih atas makluman yang sangat bermanafaat ini.mohon emelkan pd saya nombor telefon tuan untuk saya berhubung dengan lebih lanjut.

Popular posts from this blog

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari...

Baja Kompos

Baja Kompos Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien. Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar ...

Proses Membuat Silaj Napier & Jagung

PENGENALAN Silaj (rumput peram) ialah bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan ditempat yang kedap udara. Tanaman yang biasanya dibuat silaj ialah jagung, sekoi dan rumput-rumput seperti rumput gajah, rumpyt kuda, rumput pangola dan rumput para. Diantara bahan sampingan pertanian yang mungkin boleh dibuat silaj ialah seperti kulit koko, buangan kilang nenas, kulit kopi, pelepah kelapa sawit, jerami padi dan sisa tanaman jagong. Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan. Prinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksijan dan mengelakkan dari pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan-bahan yang hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini menyebabkan bahan-bahan...