Assalamualaikum, posting kali ini adalah berkaitan pengalaman turun padang sebagai penternak kambing. Setelah mendapat kebenaran daripada En. Mala iaitu pemilik WB Farm, saya dibenarkan menjalankan aktiviti praktikal dengan mengikuti segala kerja mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pengurusan ladang. Saya hanya datang ke WB Farm setiap hujung minggu iaitu sabtu dan ahad kerana hari biasa adalah hari melaksnakan tugas hakiki sebagai seorang guru. Sesi sebagai penternak bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 - 7 petang. Pada hari pertama, yang mana sebelum memulakan kerja-kerja ladang, En Mala mengadakan sesi cuci otak atau mengubah persepsi berkenaan dunia ternakan dengan menceritakan serba sedikit pengalaman beliau selama 14 tahun dalam dunia penternakan. Beliau membandingkan dunia penternakan (perniagaan tani) dengan kerja makan gaji. Menurut beliau sebelum seseorang memulakan bidang ini wajib mengubah tanggapan dunia penternakan adalah bidang terakhir yan...