Skip to main content

Posts

Penggunaan EM Satu Pilihan Untuk Ternakan

Assalamualaikum, sudah jarang post berkaitan ternakan semenjang dua menjak ni disebabkan sibuk dengan tugas lain. Ok, sekerang kita cerita tentang EM yang mana ini penting bagi sesiapa terutama penternak baru yang membina kandang berhampiran dengan rumah. Banyak lagi kegunaan dalam dunia penternakan. Sebelum kita cerita kelebihan EM, elok kita tahu definisi EM. APA ITU EM EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari...

6 Panduan Penting Penanaman Napier Secara Perdu

Assalamualaikum, topik hari ini adalah berkaitan rumput napier. Pelbagai-bagai jenis napier yang kita dengar seperti Napier Taiwan, India, Dwarf (pandan), Zanzibar (Susu) dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bagi yang baru menceburi bidang penternakan pastinya agak blur dalam kaedah penanaman rumput terutama rumput napier. Bagi yang berskala besar pula biasanya mempunyai masalah ketika menuai rumput disebabkan benih mati ketika dituai menggunakan jentera. Justeru itu, pengenalan tanaman rumput napier menggunakan kaedah perdu diperkenalkan. Berikut merupakan beberapa aspek atau panduan asas dalam penenaman rumput napier iaitu Napier Zanzibar secara perdu. 1. JARAK Jarak yang ideal di antara satu lubang dengan lubang 10 kaki x 10 kaki. Dengan jarak ini adalah akan memudahkan jentera ketika musim penuaian. Kebiasaanya satu ekar akan memperolehi sekitar 400 perdu. Namun ia turut bergantung pada bentuk muka bumi. 2. DIAMETER Diameter setiap perdu adalah 3 kaki persegi. I...

6 Tabung Wajib Bagi Usahawan Ternakan

Assalamualaikum, hari ini saya kongsikan tip berkenaan tabung yang perlu ada pada setiap usahawan ternakan sama ada sepenuh masa atau sambilan. Dalam sesuatu projek, kita sering memfokuskan berkenaan keadaan ladang dan ternakan sehingga lupa akan lupa pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan sangat penting dalam sesuatu projek kerana tanpa pengurusan kewangan yang bagus pasti akhirnya akan mendatangkan masalah pada diri sendiri. Dalam mewujudkan tabungan, pastikan dahulu kita membuat kiraan untung bersih atau gaji bersih bulanan ditolak dengan zakat 2.5% zakat pendapatan. Ok berikut merupakan 6 jenis tabung yang perlu ada. 1. TABUNG KEPERLUAN (NECESSITY) Tabung ini meruapakan pecahan terbesar dalam bahagian semua tabung iaitu 55%, yang mana duit dalam tabungan ini digunakan untuk menampung kos kehidupan seharian seperti perbelanjaan rumah, membayar bil, pengangkutan dan juga hutang yang ada. 2. TABUNG PERBELANJAAN (FUN) Tabung ini digunakan kepada setiap individu u...

10 Ekor Induk Kambing Permulaan Sangat Bagus

Assalamualaikum semua, masih belum terlambat saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Agak lama tidak update dengan penulisan ini disebabkan ketibaan bulan Syawal. Baru-baru ini saya mendapat satu kejutan di mana page Facebook Saiful Agrofarm menjadi viral di group-group penternak kambing disebabkan pengkongsian artikel daripada rakan ternak Akma Tani yang menyebabkan Page Like tiba-tiba meningkat dengan mendadak. Sesiapa yang meng"viral"kan tu saya ucapkan terima dan semoga bermanfaat dengan perkongsian tersebut. Kini generasi muda mula berminat dengan aktiviti pertanian dan penternakan tetapi masih mencari rentak bagaimana memulakan bidang ini. Di sini saya kongsikan satu lagi kisah daripada saudara Alwi bagaimana cara yang terbaik menceburi bidangkan penternakan kambing dengan bermula hanya 10 ekor kambing induk. Saudara Alwi merupakan Usahawan Ternak Ruminan Jaya peringkat negeri Perak pada tahun 2013. Menurut Alwi, bagi sesiapa yang ingin bermula dengan ...

Siri Terjah : Kaprima Hulu Seladang Valey Farm (KHSVF), Terengganu

Assalamualaikum, sempena cuti sekolah penggal II yang lalu, saya berkesempatan melawat satu ladang ternakan kambing komersial di Setiu, Terengganu. Perjalanan ke KHSVF tidak begitu jauh kira-kira 30 minit sahaja kerana ketika itu saya berada di rumah mentua saya di Besut. Bermula pertanyaan dari laman Facebook akhirnya berjaya membuat temujanji dengan tuan ladang iaitu Tuan Hariz. KHSVF ini sebenarnya diuruskan oleh Tenox Plantation (M) Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tuan Hariz. Lawatan ke KHSVF diadakan di sebelah petang. Temujanji sekitar 4.30 petang tetapi saya terlewat sekitar jam 5.00 petang atas sedikit masalah teknikal. Apabila sampai di Kampung Seladang masih tidak kelihata KHSVF. Masih tertanya-tanya dimanakah ladang tersebut berada. Saya terpaksa mengekori kenderaan Tuan Hariz masuk ke kawasan ladang. Jaraknya dari jalan utama sekitar 3 - 6 kilometer. Apabila sampai ke ladang, sangat terpegun dengan keluasan ladang tersebut iaitu 50 ekar. Sampai di ladang, saya di...

Siri Praktikal Kambing 2

Assalamualaikum, kali ini saya akan buat sambungan posting lalu di mana selepas seminggu merasai dunia penternak di WB Farm, sekali lagi pada hujung minggu saya kembali meneruskan pembelajaran. Pada minggu ini saya sangat bertuah di kerana pada minggu ini akan diadakan sembelihan aqidah untuk para pelanggan yang telah membuat tempahan. Dua ekor kambing siap sedia untuk di sembelih. Sebelum aktiviti sembelihan diadakan, kawasan sembelihan terutamanya kawasan lantai dibersihkan supaya ia dalam keadaan bersih. Sementara itu, ayat-ayat al-Quran di perdengarkan supaya ternakan akan berada dalam keadaan tenang. Setelah itu, kambing-kambing tersebut diletakkan di tempat khas di rumah sembelihan bagi memudahkan kerja. Kambing yang telah dipilih untuk aktiviti aqiqah Terdapat beberapa bacaan yang harus dibaca sebelum melakukan aktiviti ini. Pengalaman ini sangat baik untuk sesiapa yang hendak menceburi dalam bidang penternakan ruminan. Seterusnya aktiviti melapah dilakukan. ...

Siri Praktikal Kambing 1

Assalamualaikum, posting kali ini adalah berkaitan pengalaman turun padang sebagai penternak kambing. Setelah mendapat kebenaran daripada En. Mala iaitu pemilik WB Farm, saya dibenarkan menjalankan  aktiviti praktikal dengan mengikuti segala kerja mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pengurusan ladang. Saya hanya datang ke WB Farm setiap hujung minggu iaitu sabtu dan ahad kerana hari biasa adalah hari melaksnakan tugas hakiki sebagai seorang guru. Sesi sebagai penternak bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 - 7 petang. Pada hari pertama, yang mana sebelum memulakan kerja-kerja ladang, En Mala mengadakan sesi cuci otak  atau mengubah persepsi berkenaan dunia ternakan dengan menceritakan serba sedikit pengalaman beliau selama 14 tahun dalam dunia penternakan. Beliau membandingkan dunia penternakan (perniagaan tani) dengan kerja makan gaji. Menurut beliau sebelum seseorang memulakan bidang ini wajib mengubah tanggapan dunia penternakan adalah bidang terakhir yan...

Siri Terjah : WB Farm, Sarawak

Assalamualaikum, kali ini siri terjah atau lawatan kandang diadakan di Kampung Sungai Tengah, Petrajaya, Kuching, Sarawak. Jauh betul saya terjah. Walaupun saya berasal dari negeri Perak tetapi kerja hakiki membuatkan saya berada di Bandaraya Kuching. Ok, untuk pergi ke WB Farm tidak begitu jauh kerana ia kira-kira 30 minit daripada bandaraya Kuching atau 1 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA). Jika sesiapa yang pergi melawat perkambungan Budaya Sarawak di Santubong pastinya kan melintasi ladang ini. Saya telah pergi ke WB Farm pada 8 Mei 2016 kira-kira jam 5 petang dan disambut mesra oleh En. Mala iaitu boss besar WB Farm. Tujuan saya ke ladang ini adalah untuk berkenalan dengan rakan ternak yang sudah 14 tahun menceburi bidang ternakan di samping bertanya beberapa soalan kepada En. Mala berkenaan ternakan kambing beliau. WB Farm kekuatannya bukan sahaja dari hasil jualan ternakan hidup tetapi daripada bahan buangan atau sampingan daripada ladang seperti ...

Langkah Berkesan Sebelum Memulakan Ternakan Kambing

Assalamualaikum semua, hari ini saya kongsikan beberapa langkah tip daripada rakan ternak kita saudara Akma Walid sebelum anda berhenti kerja dan menjalankan penternakan kambing sepenuh masa. Tip ini sangat sesuai untuk anak mula terutamanya graduan lepasan universiti yang berminat dalam bidang penternakan kambing. BAGAIMANA HENDAK BERMULA Sebelum kita terus ke dunia penternakan, pastikan kita mengenal pasti dahulu jenis perniagaan ternakan yang ingin kita lakukan samada menternak atau trading dan juga jenis ternakan samada kambing pedaging atau susu. Bagi saudara Akma, lebih baik menjalankan kedua-dua jenis aktiviti iaitu menternak dan juga trading. Setelah itu, kita perlu mencari pelbagai jenis ilmu berkenaan produk atau aktiviti yang kita jalankan seperti pembekal, pemborong, harga pasaran, jenis kambing, berat kambing dan lain-lain. Ini bertujuan apabila kita mengenali sesuatu produk akan memudahkan kita menjualnya. BAGAIMANA HENDAK DAPATKAN ILMU Kita b...

Sistem Fodder Ternakan

Sering kali kita melihat haiwan ternakan seperti lembu dan kambing berkeliaran meragut rumput di tepi jalan sehingga mengancam keselamatan pemandu kenderaan.Ada pemandu membunyikan hon bagi memberi amaran kepada haiwan berkenaan kerana bimbang ternakan itu akan melintas jalan. Masalah itu turut merungsingkan pemilik ternakan kerana bimbang haiwan mereka dicuri. Bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan sistem Fodder (rumah hijau) bagi menghasilkan rumput ternakan, sekali gus dapat menjimatkan kos makanan, pekerja dan ruang. Bagi pengusaha yang menternak pada skala komersial, sudah pasti pembelian makanan lengkap membebankan mereka berbanding penggunaan makanan segar. Pengurus Myternak Trading Dr Fakar Fariz Abd Wahab, 34, berkata, teknologi itu menggunakan kaedah hidroponik sederhana untuk menghasilkan rumput makanan ternakan. Beliau berkata, kaedah ini sangat menjimatkan dan mudah dilakukan sendiri penternak yang mengusahakan ladan...

Jurutera Kambing

Keputusan meninggalkan kerjaya sebagai jurutera kimia di syarikat swasta di Jepun, dua tahun lalu bagi membabitkan diri dalam penternakan kambing tidak pernah disesali Noor Akma Walid, 33. Berbekalkan modal wang simpanan berjumlah RM3,000, Noor Akma sanggup berdepan sebarang kemungkinan termasuk kehilangan pendapatan melebihi RM4,000 dengan mencuba bidang baru biarpun sudah berpengalaman sebagai jurutera kimia selama lapan tahun. Noor Akma yang juga pengasas syarikat Akma Tani berkata, semua itu dilakukannya demi mengejar cabaran untuk menceburi bidang keusahawanan tani. “Pada awalnya, saya tidak menerima sokongan daripada keluarga atau kenalan dan saya sedar mereka bimbang dengan masa depan saya. “Bagaimanapun, saya berjanji pada isteri, Nor Suriana Samuri, 26, yang ketika itu mengandung anak pertama dan memintanya memberi saya masa setahun dan sekiranya tidak mendapat hasil, saya akan mencari pekerjaan sesuai,” katanya. Dia yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (...

Kembali Mengorak Langkah

Hampir 3 tahun saya tidak update blog ni disebabkan pelbagai kekangan dan halangan peribadi. Kini saya akan mula aktif berkongsi dengan semua pembaca setia. Walaupun kini pelbagai aplikasi yang mudah untuk kita berkongsi seperti Group Facebook, Telegram, Whats App dan lain-lain lagi tetapi berkumngkinan semuanya hilang dalam sekelip mata sangat mudah. Apabila kita menggunakan blog sebagai medium pengkongsian atau pemasaran ia memudahkan pembaca atau pelanggan kita mengenali dan mencari kita semula. Sebagai contoh, blog yang saya wujudkan ini bermula sejak 2008 lagi semasa saya masih di sekolah menengah tetapi ia masih boleh digunakan sehingga sekarang dan post yang lama masih boleh dibaca oleh semua orang. Kebanyakkan blog berkenaan ternakan kambing sangat popular sewaktu pentadbiran Tun Abdullah menyebabkan kita sering melihat para blogger sudah tidak mengupdate blog mereka atau mereka sudah tidak lagi mengusahakan ternakan. Mungkin para penternak atau pengusaha leb...

Persepsi Daging Kambing

ENTAH mengapa ramai kalangan kita memilih menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian dikatakan membawa kepada penyakit jantung. Sedangkan pada masa kini, kambing menyediakan 63 peratus daripada bahan daging yang dimakan di seluruh dunia. Daging kambing juga menjadi sumber protein utama di kebanyakan negara Arab dan Afrika Utara, selain pemakanan penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain. Di Barat pula, daging kambing semakin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lemb, Malah, terdapat kajian mendapati daging haiwan kambing lebih sesuai dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung. Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn, misalnya mengadakan program pendidikan awam yang mempr...

Semangat Berjuang Masih Wujud

Assalamualaikum, terima kasih kepada sesiapa terutamanya penternak kambing yang sudi mengunjugi dan membaca hasil penulisan blog ini. Post hari ini adalah kesinambungan dari post Kambing vs Study. Hampir 3 tahun saya tidak update kerana sibuk dengan pelajaran. Kini saya sudah di semester akhir, semester penutup dan hanya praktikal sahaja dan akan bergraduat insyallah pada bulan november. Kini saya sedang praktikal di SMK Benoni, Papar Sabah. Impian sebelum menjejakkan kaki di universiti adalah membuka sebuah ladang kambing masih wujud lagi walaupun dikenali sebagai graduan selepas ini. Sebagai seorang graduan, saya tidak kisah bermula dengan pekerjaan yang kotor kerana di situlah kita boleh melihat Key Performance Indicator (KPI) untuk diri sendiri. Kini, saya giat kembali membuat pembacaan tentang kambing walaupun sedikit pengetahuan tentang kambing sudah ada. Banyak blog-blog baru dari penternak berpengalaman berkongsi idea tentang dunia kambing yang mereka alami. Terima k...

Kolam Takungan Memberi Kesejahteraan Dalam Kehidupan

Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Dalam post kali ini saya ingin membicarakan tentang kolam takungan. Sememangnya sesuatu penternakan dapat menjana keuntungan berlipat kali ganda apabila sesorang penternak itu bijak menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada bagi memastikan keuntungan dan kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan dan juga tumbuhan. Setiap ladang ternakan mestilah mengelurakan bahan kumbahan seperti air kencing haiwan sama ada lembu atau kambing. Dengan dengan menggunakkan bahan tersebut, para penternakan juga dapat menjana pendapatan seperti pengeluaran tenaga bio mas. Kaedah pengeluaran tenaga tersebut telah saya postkan pada artikel yang lepas. Apabila mencerita tentang kolam takungan bukanlah dengan mengorek lubang sahaja tetapi para penternak hendaklah juga mengetahui jenis-jenis kolam takungan supaya dapat menghasilkan bahan-bahan tersebut supaya tidak mencemarkan alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan kita. Kolam Takungan juga dikenali s...

Kunjungan Ke Mini MAHA 'Sabah 2010'

Assalamualaikum kepada para pembaca blog saya .. sekian lama menyepi bukan tanda menghilangkan diri tetapi ada tugas yang penting perlu saya laksanakan yang untuk menentukan kehidupan saya pada masa akan datang .. Sempena cuti semester, pulang lah saya ke kampung halaman dari kepulauan Borneo yang indah bila kita selalu menerokainya di sebabkan banyak khazanah alam yang masih belum di terokai .. Kali ini saya ingin berkongsi cerita dan pandangan saya terhadap kunjungan saya ke Mini MAHA yang diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah. Walaupun jadual saya padat ketika belajar di sebabkan banyak kajian lapangan dan lain-lain tugasan yang terpaksa di laksankan tetapi minat yang mendalam terhadap sektor penternakan iaitu Kambing Boer membuatkan saya mencuri sedikit masa untuk berkunjung ke pameran tersebut. Tentunya para pembaca terutama sesiapa yang minat mengenai sektor pertanian ini mengetahui apa itu MAHA (Malaysia Agriculure, Horticulture and Agrotourism) ata...

Baja Kompos

Baja Kompos Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien. Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar ...